Friday, 14 January 2011

PENGAKTIFAN UNIT PELADANG : MERANCAKKAN AKTIVITI DI UNIT 2011

Saya agak teruja apabila pada 12/01/2011 yang lalu, sebaik sahaja menghadiri mesyuarat jawatankuasa padi kelompok di unit peladang banggol sena, apabila dapat berjumpa penduduk setempat yang juga bertindak sebagai ahli peladang di PPK.  Keterujaan saya itu ditambah lagi apabila sambutan dan juga penerimaan mereka ke atas kehadiran saya pada malam berkenaan.  

Setiap soalan yang diajukan kepada pengurusan PPK, telah dijawab dengan berhemah dan juga sopan.  Sesekali. saya sempat juga menjengah melalui ekor mata akan kepuasan hati mereka sebaik sahaja soalan yang diajukan dijawab.  Sebagai rekod, itulah aktiviti sulung saya untuk turun ke unit peladang bagi berjumpa dengan ahli-ahli yang berada di bawah seliaan ppk.  Ketua unit, Pak Wahab pula yang juga merupakan ketua Padi Kelompok di unit berkenaan, juga turut memberi sambutan yang baik dan keikhlasan juga terpancar di wajahnya.

Terbaru, semalam saya sempat meluangkan meluangkan masa kira-kira 1.5jam di sebelah petang untuk bertemu dengan 2 unit lagi iaitu unit Kg Sena dan juga unit Katong.  Lawatan pertama adalah dilakukan untuk menziarahi ketua unit kg sena, Pak Samad dan juga isteri serta meluangkan masa kira-kira 45minit serta sempat mendekati pemimpin ini yang juga merangkap sebagai salah seorang AJP PPK. Selesai bertandang di rumah Pak Samad, destinasi seterusnya adalah di kawasan unit peladang Katong.  Walaupun lawatan yang dilakukan secara santai bersama-sama 2 lagi anggota dari ppk, tetapi saya dapati lawatan ini sangat signifikan kepada ppk dan juga ahli.  Lawatan ini walaupun tidak sempat untuk bertemu dengan ketua unit, tetapi lebih terarah untuk bertemu dengan para belia di unit berkenaan telah menyuntik idea kepada saya untuk memikirkan bagi mengatur program pengaktifan unit kepada golongan belia di unit-unit peladang bagi memastikan kelangsungan hubungan silatulrahim antara ppk dengan ahli-ahli sentiasa erat.

Selaras dengan itu, saya telah meminta supaya pegawai yang bertanggungjawab berhubung dengan aktiviti sosial ini, untuk menganjurkan permainan FUTSAL secara "friendly" dengan unit peladang katong diadakan dengan penentuan tarikh akan dibuat kemudian. Perlawanan persahabatan ini akan melibatkan antara team PPK dengan team Unit Katong.  Sementara, pasukan PPK pula akan terdiri daripada saya sendiri bersama-sama dengan 4 lagi anggota lelaki lain untuk turut serta bagi menghadapi perlawanan ini.

Walaupun, saya cukup sedar bahawa pasukan yang bakal dibentuk di ppk adalah majoritinya berumur 40 tahun ke atas kecuali saya, namun sasaran saya / objektif saya adalah menjangkaui daripada itu.  Faktor kemenangan adalah bukan menjadi keutamaan, tetapi ianya lebih kepada bagaimana unit dapat diaktifkan dengan sebaik mungkin dan sekaligus melalui pendekataan ini dapat menarik sokongan ataupun perhatian golongan muda untuk kembali bersama-sama ppk bagi menjayakan misi besar organisasi dan juga kerajaan amnya.

Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa, program yang bakal dianjurkan ini adalah permulaan kepada misi kita di ppk untuk merancakkan aktiviti di unit, masih banyak lagi perkara-perkara yang akan dilaksanakan untuk menjayakan misi besar ini yang tertumpu kepada mengembalikan keyakinan ahli spenuhnya kepada ppk selain menarik minat bakat muda dan bukan ahli untuk ke ppk.

Minggu hadapan, saya akan mencari masa untuk turun ke peringkat bawah di unit-unit yang lain pula bagi mendekati golongan ini dan pastinya saya juga tertunggu-tunggu untuk mengetahui apakah reaksi mereka terhadap ppk melalui pendekatan ini selaras dengan hasrat kementerian untuk "Membawa Pejabat ke Kampung"

bagi menjayakan hasrat murni ini, iaitu bagi merancakkan atau memeriahkan aktiviti di unit peladang yang diselia ppk sebanyak 11 unit, saya turut mengalu-alukan idea-idea daripada rakan-rakan diluar sana jika berkesempatan untuk meninggalkan idea anda di ruangan komen ini untuk saya melaksanakannya jika didapati sesuai dan kritis serta kreatif!

No comments:

Post a Comment