Monday 14 March 2011

Sederap Melangkah

Kira-kira 2 minggu lagi, akan bakal mencipta sesuatu yang baru dalam sejarah di pejabat, apabila kami sepasukan bakal menganjurkan sebuah program yang melibatkan penyertaan daripada pemimpin-pemimpin negeri, jabatan dan agensi serta penglibatan daripada ahli-ahli peladang serta pemimpin masyarakat.

Setelah berjaya menganjurkan program ziarah ke atas ahli-ahli peladang, kemudiannya disusuli pula dengan program mendekati belia tani apabila kami menganjurkan perlawanan persahabatan futsal bersama mereka kira-kira sebulan yang lalu, kini kami sekali lagi cuba memeta sejarah tempatan apabila ingin mengajak pemimpin termasuk wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan untuk turut serta dalam program untuk mendengar dan melihat sendiri secara dekat permasalahan rakyat terutama warga tani dalam bidang pertanian.

Buat masa ini, gerak kerja telah pun bermula pada minggu lepas apabila perjumpaan telah diadakan bersama ketua unit peladang dan AJK nya untuk turut menyampaikan hasrat program ini serta memohon kerjasama yang baik daripada mereka. Alhamdulillah, sambutan yang diterima adalah sangat-sangat positif. Kini, dalam usaha untuk menyiapkan beberapa perkara sebelum tibanya majlis berkenaan. Majlis yang dirangka akan melibatkan 3 elemen besar iaitu, lawatan ke tapak oleh wakil rakyat,(termasuk menteri besar), ketua-ketua jabatan serta penduduk yang terlibat untuk melihat sendiri masalah yang berbangkit. Kemudiannya dalam masa yang sama, di suatu tempat akan dibuat majlis keilmuan kepada para peladang untuk mendalami ilmu pengurusan pada yang akan disampaikan oleh penceramah pada waktu yang sama. Kemudiannya, para rombongan yang melawat tadi akan pulang dan berkumpul di tempat dimana para peladang berkumpul untuk mendengar rumusan yang diperolehi daripada wakil rakyat dan MB hasil daripada lawatan berkenaan.

Selain itu juga,perancangan ini turut akan mangadakan jamuan makan yang dijangka akan dipohon untuk penduduk setempat bagi melaksanakannya secara gotong-royong. Hal ini akan meningkatkan lagi semangat silatulrahim sesama ummah.

Saya mengharapkan agar, pada program berkenaan akan berlangsung dengan penuh jayanya dan tanpa sebarang masalah serta mendapat sokongan yang padu daripada pelbagai pihak. Insya Allah. Doakan untuk kejayaan ini rakan-rakan semua. t.ksih.

2 comments: