Wednesday 6 October 2021

KUNYIT HITAM

 Salam semua,

Mencuri-curi masa untuk menulis di entri kali ini di blog. Pagi ini sempat tengok-tengokkan tanaman kunyit hitam sendiri punya yang ditanam di dalam pasu tepi rumah. Untuk pengetahuan semua, anak pokok kunyit hitam ni aku beli awal tahun ni di pasar. Kebetulan, semasa ke pasar untuk beli barang basah ada seorang pakcik ni dia jual anak-anak pokok termasuklah kunyit hitam ini. Harganya sepokok RM 20.00/polibeg. Jadi aku belila sepokok untuk ditanam di kawasan rumah. 

Sebenarnya kunyit hitam ini memang aku telah lama cari untuk disemai dan ditanam. Memandangkan sebelum ini aku ada terdengar tentang khasiatnya dan juga kebaikan tanaman ini. Sebagai makluman semua, kunyit hitam ini atau nama saintifiknya adalah kaempferia pariflora merupakan kategori tanaman herba. Kunyit hitam ini setahu aku tidak boleh dijadikan sebagai ramuan masakan seperti kunyit biasa dalam makanan. Sebaliknya ianya digunakan untuk tujuan kesihatan. Hasil pembacaan di internet berkaitan kunyit hitam ini, ianya telah dibuat kajian oleh pihak-pihak penyelidik di dalam negara berkaitan potensi khasiatnya kepada manusia. Terdapat juga ekstrak kunyit hitam ini dijadikan dalam bentuk kapsul untuk dimakan sebagai produk kesihatan memandangkan ianya mempunyai antioksidan yang tinggi dan dipercayai boleh membantu untuk mengubati penyakit-penyakit dalam tubuh badan seperti kelancaran darah dan juga pelbagai penyakit. 

Pokok kunyit hitam di rumah


Namun, tujuan aku kongsikan di blog aku ini bukan tentang khasiat kajian penyelidik dan sebagainya. Itu aku tinggalkan kepada penyelidik tentangnya. Aku cuma mahu berkongsi tentang tanaman kunyit hitam yang aku beli dan pindahkannya di dalam pasu di rumah. Beberapa bulan sebelum ini, aku dapati anak pokok kunyit hitam aku kekuningan daunnya dan menunjukkan ianya seakan-akan mati kerana kelihatan mereput. Aku sangka, memang anak pokok kunyit hitam aku memang dah mati. Sejak itu aku mula cari anak benih kunyit hitam untuk digantikan memandangkan aku pun memang ada sepokok tu je yang ditunggu untuk dibiakkan. Tapi tidak kesampaian. Tetapi dalam 2 bulan kebelakangan ini, aku dapati ada tunas keluar dari tanah dalam pasu aku tu. Ternyata anak pokok kunyit hitam!! Aku sangka dah mati rupanya ada lagi rezeki aku yang umbisinya mengeluarkan anak pokok. Alhamdulillah. 

Ada anak yang sedang keluar

Daun ada lubang,, tapi dah sembur cecair serai wangi untuk halau serangga/makhluk perosak


Hari-hari aku tengok perkembangan anak pokok kunyit hitam aku. Nampak pokoknya sihat kali ini dan kini dalam proses tumbesaran. Insya Allah, jika membesar dengan baik aku akan pindahkan pokok kunyit hitam ini ke tanah dekat kawasan rumah mak aku untuk dibiakkan. Moga membesar dan sihat ye,

#sedangmencaripokokketumayam

6 comments:

  1. Wak pun ada tanam
    Banyak khasiatnya pokok kunyit hitam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yng sy tau melalui pembacaan dan dengar..

      Delete
  2. saya pertama kali tau adanya kunyit hitam masa balik ke rumah mertua di Kelantan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tau kunyit hitam ni ms tgk cite melayu klasik yang dia makan kunyit hitam terus jd muda tu..hahaha..

      Delete
  3. banyak dengar pasal kunyit hitam ni, tapi sebab dia tak boleh digunakan untuk masakn dan kawasan rumah yg terhad, jadi tak terniat untuk tanam hehehhe... tapi kat kampung rasanya emak ada tanam pokoknya... dulu pernah terambil kunyitnya ingat dah rosak sebab warna hitam tapi emak kata itu kunyit ubat... cuma tak tau masih hidup ke dah mati pokoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kunyit hitam ni untuk tujuan kesihatan dan dikatakan berkhasiat mengikut org tua2 dlu2..

      Delete