Monday 15 August 2011

Persiapan ke arah mengejar cita-cita

Sudah menjadi lumrah di dunia, setiap manusia mempunyai cita-cita atau sesuatu yang diinginkan untuk dikecapinya sebelum seseorang itu menutup mata dan meninggalkan dunia yang fana ini.

Dalam kesibukan kita mengejar cita-cita dan keinginan ini, keselarasan mengenai tuntutan akhirat juga tidak patut dilupakan. Tambahan pula, kehidupan di akhirat adalah penghidupan yang kekal dan abadi. Setiap orang menginginkan kehidupan yang sempurna, cukup makan pakainya, mempunyai rumah yang besar, kereta mewah, hidup kaya raya dan sebagainya. Bahkan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki kini dan sentiasa mengharapkan supaya memperoleh lebih daripada apa yang ada kini. itulah manusia.

Saya ingin mengajak anda dan juga saya supaya menyibukkan diri untuk bekalan akhirat. Memperbanyakkan saham akhirat. mudah-mudahan kita beroleh keberuntungan daripadannya kelak. Keperluan dunia penting. Siapa yang tak mahu hidup mewah, bekereta mewah, dan hidup kaya raya. tetapi dalam pada kesibukkan kita menguruskan hal ehwal dunia janganlah sampai kita melupakan alam akhirat. Mudah-mudahan, kita sentiasa mendapat apa yang kita hajati didunia ini untuk berjaya dalam hidup, serta juga kita sentiasa mendapat redha illahi dan mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan para solehin dan mendapat kerahmatan dan keampunan dari Allah s.w.t. Sempena dalam bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan amalan dan ibadat kita supaya perhitungan di rabbuljalil nanti kita memeprolehi timbangan yang berat dari segi kebaikannya insyallah.

No comments:

Post a Comment