Friday 31 December 2010

Hari-hari yang penuh bermakna

Sesungguhnya, tidak ada yang lebih menyeronokkan apabila dapat berkumpul bersama seluruh ahli keluarga dan merancang dan berhasil sesuatu aktiviti untuk sama-sama "enjoy" untuk aktiviti berkenaan!

Disini saya ingin berkongsi bersama anda melalui entri terbaru ini adalah mengenai aktiviti tahun 2010 tentang sambutan hari keluarga saya yang telah diadakan.  Segala-galanya adalah bermula pada hujung tahun lepas apabila kami sekeluarga serta seluruh keluarga Hj. Md Ariff Othman sepakat untuk menubuhkan tabung keluarga untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bersama bagi mengeratkan lagi silatulrahim disamping melapangkan masa untuk bertemu dan saling bertukar-tukar fikiran.  Sebagai langkah pertama, pada bulan disember 2009, satu program telah diadakan di rumah datuk saya apabila seluruh keluarga berkumpul dan kami mulakan aktiviti sulung keluarga ini dengan aktiviti kerohanian.  Pagi-pagi lagi bagi yang lelaki, dipecahkan tugas dan tanggungjawab yang telah diaturkan apabila ada yang kena ke pasar membeli barangan memasak dan beberapa peralatan hadiah untuk cabutan bertuah.

Ada juga yang perlu berada di rumah untuk persiapan penyediaan peralatan memasak seperti menghidupkan api untuk sesi barbecue dan persiapan tempat sambil dibantu oleh sedara perempuan.  Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata pada saat itu, suasana menjadi sangat meriah dengan semua ahli keluarga mengambil bahagian untuk turut serta.  Sebaik sahaja menjelang waktu zohor, semua ahli keluarga adalah secara automatik menyertai aktiviti solat berjemaah yang diadakan di kawasan ruang tamu rumah atuk.  Din amik part sebagai tok bilal sementara atuk pula take part selaku tok imam!! demikian juga pada waktu solat asar,maghrib dan juga diakhiri dengan solat isyak sebelum semuanya bersurai ke rumah masing-masing.  memandangkan itulah kali pertama diadakan acara yang melibatkan cabutan bertuah,sesi makan-makan secara separa formal, ucapan, bersalaman, dan pelbagai lagi, yang dialkukan secara bersepadu serta mendapat sokongan yang kuat oleh semua pihak telah menimbulkan rasa teruja yang teramat dan memberi inspirasi kepada seluruh jawatankuasa yang dilantik untuk terus merancang yang terbaik buat semua kaum keluarga untuk tahun 2010.

Bagi tahun 2010, satu lagi program telah diatur dan alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar dan berjaya!  Program kali ini dilakukan diluar dari kampung atuk. Tahun kali ini, kami menyasarkan supaya seluruh keluarga akan menyambut hari keluarga di Melaka dengan tema lawatan pula setelah aktiviti kerohanian dilakukan pada tahun lepas.  Program dijalankan selama 3 hari yang telah berlalu pada bulan februari yang lalu.  Konsep program sambutan hari keluarga kali ini lebih terarah kepada sesi lawatan dan juga bersantai.  Syukur alhamdulillah, percaturan program agak tersusun dan dipermudahkan apabila secara kebetulan abang saya pula menetap di sana, jadi masalah untuk pemandu arah telah diselesaikan terutama untuk melawat tempat-tempat di sekitar melaka.  Semua gambar-gambar lawatan ada sy sematkan dalam fb saya untuk kenang-kenangan.  Satu lagi program telah cuba diatur pada bulan november yang lalu tetapi terpaksa dibatalkan apabila kebanyakan ahli keluarga tidak dapat hadir pada tarikh yang dirancangkan kerana urusan masing-masing maka terpaksa dibatalkan dan insya allah ditunda ke tahun depan.  Mengikut perancangan, kami akan ke teluk batik untuk membawa semua ahli keluarga untuk beralih angin ke pantai dan bbq dan bebrapa aktiviti sukan out door! tp telah dibatalkan.

Bagi tahun 2011, perancangan masih belum diputuskan tapi, akan dimaklumkan kemudian ke mana destinasi seterusnya! dan kami akan letakkan beberapa gambar-gambar sekitar percutian kami untuk dikongsi bersama selain mengabdikan kenangan.

No comments:

Post a Comment