Sunday 24 June 2012

Hobi kumpul duit syiling RM 0.50

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian, insya Allah. Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi bersama anda mengenai satu hobi baru saya, mungkin kalau boleh saya sebut 'hobi', ngeee...

Hobi baru saya yang saya mula minat untuk dekatinya ialah mengumpul duit syiling 50 sen. Hobi ni timbul bila kini duit syiling berkenaan mula berperingkat-peringkat ditukar kepada bentuk dan saiz baru! Jadi, saya dapati saiz duit syiling baru ni dilihat kurang menarik dan kecil saiznya. Mulalah, saya mengumpul duit syiling lama sedikit demi sedikit. Semua syiling 50sen yang saya kumpul dimasukkan dalam tabung saya dan belum pun sempat saya mengiranya tentang berapakah jumlah ke semuanya. Alhamdulillah, kini, tabung berkenaan hampir penuh dan insya allah, jika dah penuh saya akan mula mengiranya sebelum memasukkan ke dalam akaun saya. Niat asalnya, saya nak masukkan ia dalam akaun ASB saya untuk simpanan.

Mungkin saya akan teruskan hobi ini hinggalah sampai satu masa yang saya mula merasa bosan dan bertemu hobi baru mungkin. Buat anda pembaca yang singgah ke sini, duit syiling ni merupakan satu aset yang bagus untuk dikumpul dan kita tak sedar yang 10sen,20sen,50sen itu banyak sehinggalah kita saksikan ia dalam tabung kita yang dah mula penuh. Masa tu, bila kita start mengira semula, baru yang kita tau bahawa banyaknya simpanan hari demi hari. Dari itu, moh le kite mengumpul duit syiling! ;p

p/s : benarlah kata pepatah, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"

2 comments:

  1. Salam. Tentu dah byk syiling yang dikumpul. Memang menarik dgn duit syiling ni. Tapi...kenapa tukar. Sebelum tukar cuba perhatikan syiling key date dan syiling error yang benilai beratus kali ganda dari nilai muka. Pencarian syiling begini satu hobi yang begitu menarik . Sekeping syiling 20sen tahun 1978 dijual dengan harga Rm200 semasa lelongan di muzeum negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm aisyah...sori lambat reply dah lebih satu tahun..hehe..btw thank you for your comment..really appreciated!

      Delete