Wednesday 31 December 2014

Bukannya mudah mengubah pemikiran manusia

Assalamualaikum wbt,,. Dah lama aku tak update entry di blog aku nih. Boleh jadi sebab xsempat macam kawan-kawan lain yang selalu update di blog masing-masing. Tahniah semua. Aku curi-curi untuk tulis sikit harini sebagai panduan dan juga bebas untuk semua yang membaca entry nih untuk bagi pandangan dan komen.

Harini aku nk tulis sikit saja pasal macamna usaha untuk mengubah pemikiran manusia sekeliling kita supaya berubah daripada negatif kepada lebih positif. Ceritanya boleh jadi pernah terjadi pada korang semua ataupun pada yang belum pernah laluinya, boleh jadikan panduan ataupun mencari kaedah penyelesaiannya untuk atasi perkara ini. Pernahkah korang cuba untuk mengutarakan sesuatu idea yang pada fikiran korang baik tetapi ditolak oleh sebahagian besar ahli pasukan/organisasi korang? Lepas tuh korang, nekad untuk teruskan dengan idea tuh dan akhirnya terbukti berhasil! pernah?

Kalau pernah, mungkin korang sendiri tau macamna rasa keperitan dan kemanisannya melalui pengalaman seumpama ini. Untuk rekod, aku pernah lalui pengalaman berharga seperti ni dalam tempoh perkhidmatan pekerjaan. Ada banyak contoh, tapi cukuplah aku kongsi satu contoh saja dengan semua. Bukan tujuan tulisan nih nak bagitau seluruh dunia yang aku hebat atau apa, tapi untuk share dengan semua supaya lebih rasional dan berfikir di luar kotak. Awal taun nih (2014), office kami putuskan untuk laksanakan projek padi yang melibatkan para peladang. Apabila ianya bakal dilaksanakan, aku cadangkan supaya setiap transaction pengeluaran tunai perlu dikenakan caj 1% kepada peserta projek sebagai caj perkhidmatan kerana kerja-kerja pentadbiran termasuk menyerap kos yang terpaksa ditanggung oleh office aku akibat caj oleh bank. Bila aku utarakan idea untuk mengenakan caj perkhidmatan ini, majoriti seluruh pasukan kerja aku menolak dengan alasan akan menerima risiko peserta projek akan bertindak keluar daripada menyertai projek. Lagipun, tambah mereka mereka berpendapat, kos berkenaan biar saja office tanggung demi menjaga hubungan dengan peserta projek supaya tak terjejas.  Mereka semuanya cadang kalau aku tetap nak laksanakan juga, perlu buat musim penanaman padi akan datang supaya bagi masa kepada peserta projek terlebih dahulu.

Oleh kerana aku punya idea ditolak, namun aku nekad untuk teruskan idea aku tu untuk di implementation. Aku cukup yakin, office xsepatutnya tanggung kos yang dikenakan oleh bank kerana wang yang dikeluarkan itu adalah kepunyaan peserta projek. Tak adil office pulak yang kena tanggung kos ini.  Hujah aku lagi, kalau kita gagal perkenalkan caj ini, maka kita akan selamanya tak mungkin dapat perkenalkannya lagi kerana akan dijadikan perbandingan oleh peserta projek bila tiap kali cadangan ini dikemukakan untuk dilaksanakan. Maka aku berhujah bahawa masa permulaan inilah kita wajar perkenalkan. Dan akhirnya polisi ini dilaksana. Tiap kali sembahyab aku berdoa pada tuhan supaya pandukan dan bantu aku kerana membuat keputusan sendirian dengan meminggirkan keputusan secara musyawarah. Alhamdulillah, syukur pada Allah polisi ini diterima ramai dan berjaya malah berkesan pula apabila dijalankan. Selepas itu, ramai dikalangan pasukan kerja mula menzahirkan rasa lega dan menjadi orang paling kuat menyokong idea yang pernah mereka tolak sekerasnya satu masa lalu. 

Kesimpulannya, bukannya mudah nak ubah pemikiran manusia. Sehinggalah mereka melihat dahulu akan hasilnya. Pada aku, sesuatu pemikiran atau tanggapan manusia itu akan berjaya meresapi kepada yang lain adalah apabila mereka berjaya mengatasi keraguan dan menangani persepsi negatif kepada sejauhmana rasional melalui fakta dan hujah. Bukannya berdasarkan persepsi semata-mata tanpa fakta dan auta.

Selamat berfikir dan sedia terima pandangan anda. wassalam.