Saturday 30 April 2011

SAMBUTAN HARI PEKERJA

Esok adalah merupakan hari yang penuh bermakna buat seluruh pekerja di Malaysia. Setiap tahun, 01 mei adalah merupakan hari yang dikhaskan untuk warga pekerja untuk menraikan mereka selain mengenang jasa dan pengorbanan selain sumbangan mereka kepada pembangunan negara.

Bagi menunjukkan komitmen dan penghargaan ini, kerajaan telah mengisytiharkan cuti umum bagi seluruh negara menandakan penghargaan buat mereka yang sudah pun masuk ke alam pekerjaan. Saban tahun ianya disambut dengan meriah sekali. Aktiviti pengisian adalah lebih kepada berbentuk rasmi dan juga memberi anungerah kepada tokoh-tokoh yang pekerja bagi mengiktiraf sumbangan mereka. Selain itu juga, bagi penjawat awam pula, pastinya hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu untuk mendengar sebarang berita gembira kalau-kalau diumum perdana menteri pada hari berkenaan.

Buat semua yang telah menempuh ke alam pekerjaan, iangin sekali untuk saya memesan buat diri ini dan juga anda supaya memperbetulkan niat kita masing0masing ke arah kebaikan bagi mendapatkan rezeki yang halal lagi diberkati. Sesungguhnya,ramai orang hari ini bertungkus lumus untuk melakukan yang terbaik supaya mendapat pujian dan penghargaan daripada majikan masing-masing serta tidak kurang juga yang sibuk untuk mengejar anugerah. Namun, dalam masa sama saya juga tidak menafikan untuk golongan yang sememangnya ikhlas melakukan tugas untuk keredhaan Allah dan menyerahkan kepada Allah untuk menilai dan memberi ganjaran hasil kerjanya.

Mempamerkan prestasi yang baik serta konsisten dalam hasil tugasnya adalah sesuatu yang perlu dicontohi. Memberi komitmen kepada organisasi adalah baik tetapi dalam masa sama perlu juga kembali kepada perkara asas iaitu kerja ini adalah ibadat. Maka melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh adalah dituntut dengan syarat kerja berkenaan tidak bertentangan dengan syariat agama serta tidak juga mengabaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. Kita selalu inginkan supaya setiap kerja yang dilakukan mendapat perhatian daripada bos dan pastinya kita akan gembira apabila hasil kerja kita diberi penghargaan dan pengiktirafan. Sebaliknya, kita akan mula gelisah dan sedih serta berduka apabila kerja yang dilakukan bertungkus lumus tidak diendahkan oleh majikan. Kita sering merasakan bahawa kerja yang dilakukan selama ini seakan sia-sia belaka. Apakah pernah kita bersusah hati dan bertanya kepada diri sendiri, apakah kerja yang telah kita lakukan ini mendapat keberkatan serta keredhaan Allah atau tidak? Kita agak kecewa apabila markah penilaian hujung tahun dinilai rendah oleh 'bos' apabila kita sendiri pernah yakin bahawa kita telah melakukan yang terbaik untuk organisasi tetapi penilaian tidak setimpal sepertimana yang dinilai. Tetapi berapa ramai yang pernah terfikir akan penilaian Allah ke atas kerja kita di dunia ini? Sedangkan Dialah maha penilai yang sebenar-benarnya setiap mahkluk di alam fana ini.

Buat pembaca yang sudi meluangkan masa anda untuk membaca setiap ayat di ruangan ini, marilah kita memuji Allah s.w.t dan juga meningkatkan prestasi kerja kita di tempat kerja kita. Mewujudkan kecintaan terhadap kerja yang kita laksanakan sekarang dan memperbanyakkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana masih diberi ihsanNya serta dipilih diantara berjuta manusia untuk berpeluang mendapat kerja kini berbanding mereka yang masih menganggur dan pencari kerja yang masih belum diberi ruang dan peluang. Belajarlah untuk berusaha bagi menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi daripada meminta daripada organisasi. Sentiasalah yakin akan janji dan ganjaran Allah buat kita selaku hamba yang bersyukur. terlibatlah secara "active in participant" dalam organisasi berbanding hanya menjadi 'penumpang' dalam organisasi.

Buat semua pekerja di Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2011. Semoga kita akan terus mengukir kegemilangan serta sentiasa meningkatkan prestasi untuk kecemerlangan organisasi.

Wednesday 27 April 2011

Mood balik kampung semakin memuncak

Hari ini adalah merupakan hari yang ketiga dalam minggu terakhir bulan april. Tentu sekali perasaan saya semakin gembira apabila pergerakkan waktu semakin hampir menjenggah hari jumaat. Memandangkan hujung minggu ini agak istimewa sedikit berbanding biasa, apabila pada hari ahad ini merupakan hari cuti umum sempena hari pekerja yang disambut seluruh malaysia, maka cuti berkenaan dilanjutkan ke hari isnin minggu berikutnya. Maka, cuti hujung minggu ni adalah agak istimewa dan membuatkan perasaan saya untuk pulang ke kampung semakin memuncak. Terutama sekali apabila saya juga tahu yang kini abang saya juga berada di kampung telah sekian lama. (khabarnya sejak minggu lepas). Agak hampeh jugak, bila hari sabtu yang lalu, panggilan telefon yang diterima datangnya dari abang saya yang bagitau yang kini diorang bersama my mum n semuanya sedang bercuti di cameron highland! kowt ye pun tunggu la aku!! kalau nak pegi berehat pon. Tak sabar-sabar..Apa pun, buat mak.. tunggu kepulangan anak mu yang sorang nih untuk pulang menemui mu yang dirindui.

Belum pun sampai ke kampung lagi, pelbagai perancangan serta aktiviti yang telah berlegar dalam kepala saya kini untuk dilakukan sempena cuti yanh hanya 2-3 hari ini. Termasuklah untuk menghadiri majlis kenduri kawin di sungai petani, kedah serta juga ingin sekali pekena durian di kampung yang kini sedang dalam musim durian di perak. aiii tak sabarnya lar nak balik kampung. Dalam kesibukan tugasan harian, kini saya dalam peringkat akhir untuk entri terbaru saya sempena Hari Pekerja serta tidak lupa juga buat sambutan perayaan hari guru nanti. Tapi apa yang pasti, entri-entri berkenaan saya akan masukkannya dalam blog wordpress saya di sana. ;p

Buat rakan-rakan, walaupun perasaan ingin balik kampung semakin meningkat, tapi sebenarnya, bagi tuntutan kerja masih tidak juga diabaikan. Komitmen perlu diberi kepada tempat 'kita carik makan'.

;p

Friday 22 April 2011

Kawan, marilah memuji Allah

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t kerana sehingga kini diberi ihsan Allah supaya kita menghirup udara dan masih bernafas di bumi Allah yang terbentang untuk mengajak kita bersyukur dengan sesyukur2 nya. Kawan-kawan, marilah kita memuji Allah dan membesarkan Allah dengan sebanyak-banyaknya sebagai tanda kita hamba yang tunduk dan bersyukur nikmat illahi.

Tidak ada yang lain selain Allah s.w.t yang patut disembah dan dipuji kerana sesungguhnya dialah maha pencipta serta maha pengasih dan maha penyayang.

Dikesempatan hari jumaat yang merupakan penghulu segala hari serta dimana setiap kebaikan yang dibuat pada hari ini akan digandakan pahalanya, dan setiap keburukan yang dilakukan akan digandakan dosanya. Oleh itu, ingin sekali saya mengajak kawan-kawan supaya kita memperbanyakkan amalan kebaikan kita pada hari ini dan seterusnya. Bermuhasabah diri dengan menilai serta melihat kembali tentang apa yang telah dilakukan pastinya membuatkan kita akan lebih bertaqwa kepada Allah yang maha esa.

Wahai kawan-kawan, Sesungguhnya Allah itu maha pengampun! maka mohonlah keampunan daripadaNya dengan sesungguh-sungguh kekesalan atas segala dosa yang pernah dilakukan. Nescaya Allah akan perkenankan. Tak ada lain-lain yang boleh beri manfaat dan tidak juga mampu memberi mudharat! Membasahi lidah dengan zikir dan memuji allah nescaya akan mendekatkan diri lagi dengan pencipta!

Punya banyak nikmat Allah selama hidup ini, maka selayaknya saya dan anda untuk tunduk sujud dan bersyukur kepada nikmat Allah yang sekelumit cuma. Dengan itu kawan-kawan, marilah kita bersama memuji dan membesarkan Allah dalam kehidupan kita dan janganlah sekali-kali kita menduakan Nya kerana perbuatan seperti itu ditakuti kita tergolong dalam kumpulan orang-orang yang mensyirikkan Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam limpah dan rahmatnya serta kerja yang kita lakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t serta berharap agar nikmat islam ini, akan kekal selamanya dalam diri kita sehingga ke akhir hayat,insya Allah. sekian wasalam.

Tuesday 19 April 2011

JUST SHARE UNTUK SEMUA

Assalamualaikum,

Masa yang masih berbaki sebelum saya masuk tidur, elok saya tulis sedikit untuk entri kali ini untuk dikongsi bersama anda yang sedang tekun dan sudi membaca di blog saya ni mengenai pengalaman saya sebelum menyertai perkhidmatan awam.

Semuanya bermula, sebaik sahaja saya selesai menghabiskan pelajaran kira-kira 5 tahun dulu. Time abis saja pengajian, saya hantar resume berpuluh-puluh malah hampir ratus resume ke mana-mana saja syarikat/kilang/agensi/ apply kerja melalui jobstreet dan sebagainya. Satu hari, sedang asyik membaca akhbar the star, saya terlihat satu iklan jawatan daripada syarikat GLC- GUTHRIE/SIME DARBY , iaitu salah sebuah syarikat perladangan dan multi nasional. Pada masa tuh, saya mengunting iklan bekenaan dan letak atas meja. Oleh kerna waktu tuh biasa lah, agak sibuk jugak dengan kerja sedia ada waktu tuh (bertugas sebagai penyelia di salah sebuah anak syarikat) maka iklan berkenaan hampir terlupa untuk dimohon. Sampailah adik saya ketika itu mengemas rumah then bole pulak keratan berkenaan dicampak ke luar umah. Sangkanya, dah tak digunakan. Tapi kalau allah dah nak bagi, puas saya cari iklan berkenaan then baru jumpa yang keratan iklan tuh masih kat depan umah.

Sebaik saja permohonan dikirim melalui jasa baik pos malaysia, akhirnya, dalam tempoh sebulan, saya menerima satu surat untuk jemputan menghadiri interview oleh Guthrie yang bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Dalam surat tuh, katanya minta untuk calon hadir ke sesi interview berkenaan. Maklumlah time tuh saya telah bekerja berdekatan umah, then bila dapat pulak surat interview yang jauh sampai ke negeri sembilan, ayah saya agak keberatan untuk beri kebenaran tuk saya attend interview. Tapi dengan menggunakan bantuan my mum,, hehe... tuk pujuk ayah beri kebenaran+duit poket sekali, akhirnya ayah mengalah then dia bagi beserta peruntukan kewangan untuk tiket bus n makan+minum skali. Tapi kata ayah, supaya saya dapat melakukan yang terbaik dalam interview tuh nanti sebab katanya “kita tuh datang jauh, so jangan sia-siakan peluang yang ada”. Lebih kuranglah ayat ayah yang agak macam antara restu ngan tak masa di stesen bus kamunting.

Sebaik saja bus bertolak, saya sampai di seremban pukul 6.00 pagi. Time tuh nasib baiklah ada umah member kat seremban. Kebetulan pulak, member pon sempoi punya boleh bantu saya dari segi penginapan untuk stay di rumah dia. Kebetulan pulak pada hari sama, ada sedara kawan tuh jugak bertandang di umah tuh sebab nak registered anak diorang masuk politeknik port dickson! Siang tuh saya bersama sedara kawan nih ke port dickson tuk cari tempat interview saya dan jugak ke politeknik tuh. Biasalah sebab kebetulan saya dan jugak sedara kawan nih belum pernah sampai ke situ. Untuk rekod, jika tidak kerana interview maka saya belum pernah menjejakkan kaki ke negeri sembilan sebelum itu. Syukurlah, tempat interview dah jumpa untuk saya ingati sebab keesokkan harinya saya perlu berada di situ seawal jam 8.00 pagi.
Malam tuh bedebar tak hengat. Syukurlah Allah permudahkan, interview saya berjalan dengan baik. Soalan yang diajukan dapat dijawab dengan sebaiknya. Kemudiannya, saya pulang ke kampung halaman dengan membawa seribu harapan. Cewah, ayat..haha..

Melakukan kerja harian seperti biasa, dengan meronda kawasan-kawasan yang diarahkan dengan menaiki motor honda bulat untuk masuk kebun. Masih ingat lagi waktu tuh, hari dimana gaji masuk pada hari berkenaan, belum pon sempat amik kat bank, dah ada roadblock plak by PDRM. Maka saya juga tak terkecuali untuk ditahan dan diperiksa. Maklumlah, motor untuk masuk kebun, apa yang ada?roadtax?memang hampeh lar.. Siap abang polis tuh check motor dari segi lampunya,dan macam-macam lagik lah. Akhirnya, saya disaman kerna tak mempamerkan roadtax motor. Apo nk buek kan, dah nak jadi..redha jela.. Seingat saya, saman yang dikenakan waktu tuh lam rm70 kot kalau tak salah. Gaji baru masuk, dah kena bayar saman. Uhuhu.. Tanpa buang masa, terus ke cawangan trafik kaunter bayaran saman untuk settle itu saman. Dalam proses tuk settle saman, handphone saya berdering dan dilihat no KL yang tak dikenali. Maka cepat-cepat dijawab waktu tuh, masih segar dalam ingatan suara ence penelefon tuh, “ Assalamualaikum mal, ade mane?dah keje ke belum ni?” Sebaik saja menjawab soalan pertama then soalan kedua dengan jawapan yang agak sedikit menipu sunat, hehe.. “tak kerja lar”,, then dia memperkenalkan dirinya daripada bahagian human resource Guthrie HQ, maklum pada saya yang saya telah berjaya dalam interview dulu yang saya sendirik agak terlupa sebab masa dah berlalu hampir 2 bulan. Katanya pada saya, “okaylah, kalau macam tuh jangan sedey2, next month pack pakaian n get ready tuk kje”... masa tuh, mcm tak pecaya n terasa macam dalam mimpi... banyak kali saya tanya dia suapaya panggilan nih adalah betul dan bukan untuk pekena saya daripada rakan-rakan. Tapi setelah dia menyakinkan saya dan siap baca no ic saya serta maklum penempatan di kluang johor, serta minta saya tunggu surat tawaran yang telah diposkan, time tuh bagai nak melompat ke langit. Bayangkan abag polis yang jaga kaunter bayaran saman tuh pon terkejut tengok reaksi saya masa tuh.
Rasa sakit ati cz kena saman tadi terus terubat. Punyalah seronok n syukur yang teramat sangat sebab memang tak pernah jangka yang saya akan terpilih dalam ramai-ramai yang hadir sebab pemilihan tuh memang tough.. Bila balik umah,saya bgtau pada my mum n ayah yang saya kena saman. Apo laie, memang kono sound tak beragak lar... tapi saya masih tersenyum tanpa henti..sampai my parent plak yang pelik,, kemudiannya saya maklum berita gembira berkenaan pd my mum n ayah, 2,3 kali diorang tanya blk untuk nk kepastian.. pastuh dah tak jadi membebel panjang dah. Dah mula masing-masing sibuk plak ajak saya tuk prepare apa yang patot tuk persiapan ke johor. Padahal, bulan depan kowt..haha.. tapi apa pun, saya gembira sebab saya tak sia-siakan duit ayah bg dulu tuk tiket bus g interview.. ;p n sy dapat buktikan yang saya xkecewakan ayah n mak.. Buat kawan sy yang tumpangkan umah untuk saya di seremban tuh, berbanyak ucapan terima kasih diucapkan. Cuma nk bagitau yang masakan mak ko sangat sedap n sgt pedas! Eheh..maklumla masakan orang negori kan..tq.

Sampai masa, ayah n my mum amik cuti tuk anta saya ke johor. Mula-mula saya excited, tp pastuh agak nervous sebab berjauhan dengan famili n terpaksa menyesuaikan di tempat baru seorang diri ke johor yang juga sebuah negeri yang belum pernah sekali pon menjejakkan kaki sebelum itu. After report duty pada senior mill manager, bermulalah kehidupan di syarikat multinasional di nun jauh di selatan tanah air. Setahun di johor then berpindah ke kedah pulak. Guthrie yang sebelum ni jugak kemudiannya telah dikenali sebagai SIME DARBY. Setahun jugak di kedah, sebelum mula berhijrah masuk ke sektor perkhidmatan awam sehingga kini.

Pengalaman selama 2 tahun dalam syarikat multinasional seperti SIME DARBY, sangat memberi makna pada saya walaupun dilihat agak singkat, tapi cukupmemberi panduan pada saya untuk perlaksanaan tugas serta untuk menggunakan segala budaya kerja yang baik daripada swasta untuk digunapakai dalam sektor awam untuk menambah kecekapan dalam tugasan kini.
Banyak perkara-perkara yang ditimba sepanjang dalam sektor swasta terutama dalam bidang kerja dan sosial. Antaranya bagaimana kami punyai perasaan ‘passionate’ pada kerja kami sendiri. Kami tak kisah untuk datang bekerja pada hari-hari cuti. Pada kami bekerja 7 hari/seminggu adalah sesuatu yang biasa. Kemudiannya, bagaimana kami memanjangkan masa kerja ditempat kerja. Beberapa perkara lagi yang menunjukkan budaya kerja yang cekap dan berhemah serta amalan baik turut ditimba.

Kalau nk ditulis memang lah panjang lagik kalau dikenang-kenangkan semula, tapi rasanya cukuplah sampai disini, sebab mata saya pun dah mengantuk n jam pun dah menunjukkan hampir 1pagi, kang lebur plak subuh sya pagi esok n silap2 lewat plak ke ofis, lagipun esok pagi ada meeting penting yang perlu attend.. hihi.. k’la guys, bye!

Friday 15 April 2011

Lain dari yang lain

Saya membaca dengan teliti beberapa entri di ruangan blog rakan-rakan saya. Pada asasnya, saya turut ingin melihat serta mempelajari gaya bahasa serta cara penulisan yang baik daripada beberapa blog yang telah dilayari sebelum ini.

Memandangkan saya merupakan 'pendatang baru' dalam dunia penulisan blog ni, maka sesuai saja kalau saya menjengah dan mencuba untuk meningkat tahap kemahiran dalam penggunaan bahasa dan gaya penulisan dalam blog saya sendiri. Sepertimana tujuan asal saya mewujudkan blog sendiri seperti ini adalah untuk mencoretkan disini mengenai perkara-perkara yang melingkari kehidupan saya selain daripada minat untuk menulis bagi mengisi masa lapang serta juga ingin memahatkan segala kenangan di ruangan sendiri.

Bagi mencapai maksud berkenaan, tentu sekali saya ingin memastikan bahawa penulisan saya perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya ianya lebih dinamik serta boleh dilihat sebagai lain dari yang lain. Tentu sekali ingin saya nyatakan bahawa, diruangan ini adalah untuk saya menulis sesuatu yang saya fikirkan sesuai untuk ditulis dan di 'publish' kan buat tatapan kepada pelayar-pelayar yang singgah ke page ini untuk membacanya.

Walaubagaimanapun, lately ni masa saya agak suntuk dek kerna tugasan yang diterima saban hari, maka idea untuk menulis di ruangan ini dan acc blog saya yang satu lagik jugak agak terjejas dan agak lama jugak ianya tidak di update kan. Mudah-mudahan, selepas ini dengan kelapangan waktu yang allah berikan kepada saya insya Allah maka saya akan mencuba untuk memasukkan entri-entri terbaru disini mahupun di acc blog saya yang satu lagi untuk di share bersama.

;p

Saturday 9 April 2011

Terima kasih atas ucapan!

Saya membaca setiap ucapan yang dihantar kepada saya oleh rakan-rakan mengenai ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran saya semalam dengan penuh teliti satu persatu dan mencuba untuk membalas semuanya tanda terima kasih serta penghargaan saya buat mereka yang sudi mengucapkannya menggunakan pelbagai medium untuk mesej itu sampai kepada saya. Terima kasih diucapkan.

Semalam merupakan ulang tahun kelahiran saya yang ke ...??? ehe, dan saya banyak menerima ucapan tak kira menerusi sms, facebook, serta tak kurang jugak yang menghubungi melalui telefon serta blackberry messenger (bbm)dan tidak lupa juga melalui Yahoo messenger! (ym).

Dikesempatan ini juga, saya ingin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t atas nikmat hidup sehingga ke hari ini serta nikmat islam kepada saya sampai ke saat ini. Alhamdulillah. Setiap kali tibanya ulangtahun ini, menunjukkan saya semakin dewasa serta mengingatkan saya untuk review balik tahun-tahun yang telah dilalui apakah yang telah dilakukan sebelum ni. Disamping itu juga, turut memberi isyarat pada saya untuk merancang sesuatu yang menjamin lebih kegemilangan pada masa mendatang. Selain tu jugak, setiap kali menyambutnya, saya perlu semakin sedar yang semakin ramai rakan-rakan yang telah menamatkan zaman bujang masing-masing, mencorakkan kehidupan masing-masing dengan pelbagai pengisian.

Dalam hidup ni, tak semuanya indah dan bahagia. Ada masa sedih, ada masa suka,marah, ceria, disayangi,dicintai,dibenci dan pelbagai lagik yang melingakari kehidupan seharian. Tapi yang pasti, saya masih punya mak tersayang yang masih dipinjamkan Allah buat saya dimuka bumi ni walaupun, arwah ayah telah pergi dulu untuk menemui illahi. Disamping tu juga, saya juga sangat bersyukur kerana masih punya abang dan juga adik-adik serta keluarga yang sentiasa menyokong dan mendorong selain turut punya rakan-rakan,kawan-kawan dan sahabat-sahabat serta orang-orang kenalan yang ditemui. Ingin sekali, supaya sesiapa yang bertemu dan berjumpa dengan saya, mereka akan gembira dan senang untuk berkawan dengan saya.

Insya Allah, dengan keizinan waktu yang diberi Allah buat saya, akan saya manfaatkan dengan sebaiknya. Buat anda yang sudi meluangkan masa untuk menghantar kiriman ucapan buat saya, jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan semoga Allah akan sentiasa merahmati kita semua dan redha kepada kita dunia dan akhirat.Insya Allah.

Friday 1 April 2011

Banjir datang lagi

Bagi suku tahun pertama 2011, Perlis menerima gelombang kedua banjir dinegeri ini. Macam biasa, seperti yg x diduga, banjir berlaku lagi disini. Rasa-rasanya, banjir tahun sudah pun masih segar dalam ingatan, da datang lagi kali ni. Ikut laporan, banjir bakal berlaku, 5 tahun akan datang selepas banjir besar di perlis 2010. Tp kuasa Allah, banjir berlaku lagi setelah kira-kira 4bulan berlakunya banjir 2010.

Tak kisahlah 5 tahun ke 5 buln ke, tapi bila banjir datang, persediaan kena cukup. Kali ini, banjir 2011 adalah banjir kedua yg saya lalui semenjak berada di Perlis sejak penghujung tahun 2008. Tp banjir kali ni, agak sedikit bersedia berbanding yg lalu. Tp kalau dulu, sy terperangkap dalam rumah,xbley kuar memana pun cz kawasan sekeliling banjir n xbley lalu. Sampai nk ke tempat kerja pun xbley gak.

Tp kali ni, berbeza sikit. Kali ni, saya n team plak trun membantu mangsa-mangsa banjir untuk berpindah ke pusat-pusat penempatan banjir. Bermula dari tengahari sampailah membawa ke malam hari. Antara pengalaman memindahkan mangsa, ada yg lumpuh yg masih terperangkap dalam umah berjaya kita keluarkan dan ada jugak warga emas yg turut dipindahkan. Ada lagi, bantuan pemindahan ni jugak, turut terfokus pd dak2 uitm yg mo berpindah..(bukan tertumpu pd pmpuan jer k..hihi).. Apapun, sy dan kawan-kawan lain, rs sronok bila dapat sama untuk menyumbang tenaga dalam misi kali ini. Pusat penempatan yg dipantau oleh kami adalah di SMK Teknik Arau. Banyak jugak jabatan / agensi serta wakil2 rakyat yg datang bantu terutama dr segi penyediaan ubat-ubatan,makanan serta minuman. Sebagai mangsa yg pernah melalui banjir sebelum ini, sy ckup phm keadaan mangsa. Lapar ni jgn cita lah.. So makanan tuh penting. Tp kat sini, alhamdulillah, sumanya beres.

01.04.2011, jam 1.00tghari tadi, pusat operasi penempatan banjir SMK TEKNIK ARAU, telah ditutup untuk operasi emmandangkan banjir telah surut,maka selesailah sudah misi kami di kawasan ni. ;p yey2! Tp dimaklmkan, keadaan di kangar bertambah buruk,umah sewa blum tgk lagik apa da jadi agaknya. arap2 everything ok la kowt..doa kan ye..

okla guys



,, kita berjumpa di entri terbaru plak!