Tuesday, 25 January 2011

Zaman Sekolah Rendah

Bagi entri terbaru saya kali ini, saya berkongsi bersama anda di luar sana mengenai kenangan di zaman persekolahan saya.  Kalau nak diikutkan, terlalu banyak memori untuk ditulis, tapi kali ini saya memilih untuk berkongsi mengenai zaman persekolahan saya di sekolah rendah.

Saya mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Menteri, Selama Perak.  Disitulah permulaan saya untuk mula belajar selepas mengikuti pembelajaran diperingkat tadika selama 1 tahun sebelumnya.  Bagi sekolah kesayangan saya ini, kenangan terlalu banyak selama saya di sana.  Memulakan hari pertama disekolah berkenaan, tahun 1 saya diletakkan di kelas 1 seri.  Kebetulan kami disekolah berkenaan mempunyai 2 kelas.  Indah dan Seri.  Hari pertama saya dapati ada diantara rakan kelas saya meraung tak henti-henti.  Sehinggakan, cikgu seolah berkenaan terpaksa memasukkan puting ke mulut pelajar ini untuk memastikan rakan yang sorang ni diam seketika. Namun, ternyata usaha berkenaan sia-sia belaka.

Masa darjah 1, masih segar dalam ingatan, cikgu yang paling saya takut sekali ialah Sir Lachumanan! mengajar subjek bahasa inggeris. Bayangkan badannya yang besar dan tinggi serta bersuara garau, dah cukup buat saya tak senang duduk dibuatnya.  fuhh, bila tiba masa dia saja, saya merasakan masa untuk bergerak terlalu lambat!!!! aduiiii..haha tapi nasibla setahun saja.

Kita tinggalkan sir dengan anak muridnya seketika.  Tapi untuk kenangan, cikgu yang paling saya suka sekali ialah cikgu kelas saya ketika itu yang juga mengajar kami dalam subjek bahasa melayu.  Tahap ketekunan serta baiknya cikgu ni, cukup membuatkan saya dan pastinya kami sekelas cukup senang dengan cara yang dibawa oleh cikgu Rokiah.  Zaman tu, boleh dikatakan, suara cikgu-cikgu akan kedengaran dari luar kelas lagi. (bertapa menunjukkan mereka sangat-sangat ikhlas dalam menyampaikan ilmu.)

Waktu bangun pagi untuk ke sekolah pula, suasana waktu itu agak kelam kabut sikit sebab kami yang perlu ke sekolah 3 orang.  Saya,abang dan jugak ayah!! hihi..  Bayangkanlah, jam 6 pagi da kena siap, sebab pakcik yang amik saya dengan abang dengan van akan sampai jam 6.30pagi.  Punyalah tension time tuh, manalah nak kena tahan kesejukkan air pagi lagik..aduiiyaii,, semuanya sangat tak perlu diceritakan sebab saya juga pasti anda juga melalui keadaan yang sama bagi yang tinggal di kawasan luar bandar.

Biasanya, my mum akan pakaikan baju sekolah, seluar skolah (time tuh seluar pendek tau..hehe), sikat rambut, bedak n etc.  Siap semua, sarapan dan tak lupa time tuh sy bawak bekal! hehe... Air tea dengan nasik goreng ;) .(tetiba je rindu masakan mak..)  Da selesai semua, ayah akan bg duet skolah n kami pon akan tunggu pakcik van datang amik kitorang.

Dah sampai sekolah time tuh, seperti hari-hari biasa, persekitaran sekolah time tuh tak seperti sekarang. Sekarang ni, keadaan sekolah da jauh berbeza dari zaman saya bersekolah kat situ. Maklumlah, dunia dah moden kan..Dulu di kawasan antara blok kelas saya dengan bangunan blok darjah 4-6 ada kolam simen yang dalamnya dipelihara kura-kura.  Berdekatan kantin pulak, ada dipelihara burung-burung.  Da macam zoo la pulak.hihi.. Sakarang da lain dah..Cikgu-cikgu yang dulu pun da banyak da berpencen dan ada juga yang telah berpindah ke sekolah lain.

Antara banyak kenangan di situ, kenangan dengan guru besar sekolah saya yang sorang ni membuatkan saya tak boleh lupa. Kepada bekas-bekas pelajar yang sempat dipimpin oleh cikgu Yahya, mungkin ingat kenangan itu. Cikgu yahya merupakan seorang guru besar pada saya yang sangat dedikasi dan optimistik!

Pada waktu P&P, beliau akan 'round' dari kelas ke kelas. Kalau didapati ada pelajar yang tengah 'main-main' masa cikgu tengah mengajar, on da sport cikgu yahya akan masuk dan tempeleng! agak ngeri. Kerana tanpa disedari oleh guru yang tengah mengajar dan juga murid terlibat., dia akan masuk dan terus tindakan.  Masih saya ingat ketika di tahun 6, dia mengajar subjek matematik, just imagine!!.. Tumpuan kena lah sepenuhnya! kang tak pasal-pasal kna lempang kang..Pada saya, walaupun cikgu yahya begitu ianya secara tidak langsung akan membuatkan pelajar akan memberi fokus dan tidak main-main semasa belajar.  Perkataan seperti "togol" pada sesiapa yang tak dapat jawab dah popular di sekolah tuh..hihi..

Sementara keletah kawan-kawan saya pulak, ramai diantara mereka ni punyai bakat melukis kartun.  Sampai ada yang sanggup beli buku tulis just untuk buat lukisan kartun dragon ball kot!.. siap bersiri lagik,.. Apa yang menarik disekolah saya ketika itu, kami akan sentiasa main 'spelling bee".  Walaupun, xda la apa sangat, tapi sungguh baik tuk ejaan dan juga penulisan serta makna.  Permainan 'Pepsi Cola' yang pada mulanya hanya dimain oleh beberapa pelajar sahaja, kemudiannya berkembang hampir ke seluruh sekolah dan kelas, sehingga menyebabkan guru disiplin ketika itu mengumumkan permainan tersebut diharamkan. Kepada sesiapa yang ditangkap bermain permainan berkenaan, akan dikenakan tindakan.

Saat mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur dan Melaka, juga punyai kenangan tersendiri. Waktu itu, satu rombongan sekolah untuk ke destinasi seperti Planetarium,Menara KL, Zoo Melaka, dan beberapa destinasi lagik disekitar Kl dan melaka membuatkan saya ketika itu sangat teruja untuk ikuti program berkenaan.  Tak banyak gambar-gambar kenangan ketika rombongan yang sempat saya ambil sebagai simpan rekod peribadi saya. Tapi ianya cukup bermakna.

Mengingatkan kembali pada zaman berkenaan, ianya tidak dapat lari daripada saya terus mengingati rakan-rakan saya semasa dibangku sekolah  berkenaan.  Bagaimana kerjasama dan semangat dalam sekelas, tak mungkin dapat saya lupa.  Lepas UPSR dan peperiksaan hujung tahun, aktiviti bebas sebelum bertemunya cuti sekolah ketika itu mewarnai hari-hari persekolahan  bagi pelajar tahun 6, 1997. 

Setelah itu, setelah melangkah ke alam sekolah menengah, rakan-rakan disekolah rendah semakin membaw haluan masing-masing dan sibuk dengan halatuju tersendiri, membuatkan ianya hanya sekadar berada dalam kenangan lalu sahaja dan tak mungkin untuk diulang kembali.

Banyak lagi memori yang tersimpan dalam ingatan saya ketika zaman itu, dan kalau nk dihuraikan pastinya tak mungkin sama sepertimana yang dilalui ketika itu.  Yang pasti, saya amat merinduinya!  Jika anda membaca entri ini yang agak serabut dan sukar untuk difahami, saya minta maaf, kerana fikiran dan tangan saya pantas untuk nk taip setiap apa yang terlintas difikiran ketika saya sedang mengimbas kembali zaman itu. Begitulah banyaklah kenangan yang saya ingin tulis disini.

Insya Allah, saya akan berkongsi perkara lain pula pada entri yang baru. Bye ;P

Thursday, 20 January 2011

PENGALAMAN MERASMIKAN HARI ANUGERAH SRJK(T)

Sebaik sahaja saya mula menulis disini berhubung tajuk di atas, ianya telah mengingatkan saya kembali kepada pengalaman kira-kira tiga tahun lepas.  Saya tentunya ingin berkongsi bersama rakan-rakan saya di luar sana berhubung pengalaman yang tak mungkin dapat saya lupakan ini. 

Semuanya bermula sewaktu saya masih bertugas di salah sebuah syarikat perladangan suatu masa dahulu, apabila saya dijemput oleh salah sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan tamil untuk majlis perasmian hari anugerah sekolah berkenaan.  Persekitaran sewaktu itu adalah berkisarkan di kawasan estet yang mempunyai komuniti berbilang kaum dan juga terdapat kemudahan seperti sekolah jenis kebangsaan ini. 

Berbalik kepada jemputan berkenaan, masih segar dalam ingatan saya kini pada sabtu ketika itu, tepat jam 9.30 pagi, saya tiba di sekolah berkenaan yang dijadualkan akan dirasmikan pada pukul 10.00 pagi.  Sebaik sahaja sampai, saya disambut oleh guru besar sekolah tersebut dan diiringi oleh beberapa guru untuk ke bilik guru besar.  Saya turut diberi penerangan ringkas mengenai sekolah berkenaan termasuk pencapaian yang telah diperolehi sepanjang tahun berkenaan.  Saya turut tersentuh apabila dimaklumkan oleh guru besar, pencapaian sekolah ini telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.  Saya turut teruja apabila dimaklumkan seorang telah lulus dalam UPSR.  Sangka saya seorang telah mendapat 5A dalam UPSR berkenaan! walaubagaimanapun, ianya sesuatu yang menarik apabila dengan melihatkan keadaan persekitaran sekolah ini, bagi saya ianya sesuatu yang menuju ke arah yang positif. Ditambah pula, melihatkan semangat guru besar yang berjiwa besar ini disokong pula denga kakitangan yang menunjukkan komitmen yang tinggi, saya yakin suatu hari nanti akan ada "bintang" yang boleh digilap hasil daripada sekolah ini.

Menceritakan pengalaman semasa zaman persekolahan guru besar sekolah ini, agak menyedihkan apabila beliau sewaktu zamannya, tidak mampu untuk membeli buku serta peralatan persekolahan lain.  Mujurlah, ketika itu, guru besarnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk memajukan pendidikan dan masa depan anak didiknya ketika itu dengan membeli buku tulis, pensil dan beberapa kelngkapan lain demi memastikan beliau ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Hari ini, perkara yang sama dilakukan oleh guru besar terhadap anak didik di sekolahnya. Memahami kekangan yang terpaksa dilalui oleh murid-murid yang ibubapa pelajar adalah tidak mampu, maka menginsafkan nya dan mendorong beliau untuk melakukan perkara sama seperti bekas guru besarnya dulu.  "Saya pernah susah, tapi jasa guru besar saya ketika itu yang sanggup mengeluarka duit poketnya sendiri demi membeli buku tulis dan pensil kepada saya kerana mahukan saya berjaya dan hari ini saya telah menjadi guru besar, tak mungkin saya lupa sampai bila-bila"ujarnya.  " Sekarang sudah menjadi tugas saya pula untuk melakukan perkara serupa kepada anak didik saya disekolah ini. Kerana harapan saya, mahukan mereka-mereka ini menjadi orang yang berguna suatu hari nanti."tambahnya lagi.

Kata-kata yang keluar dari pemimpin berjiwa besar seperti ini, membuat saya berfikir sejenak, inilah pengorbanan seorang guru dengan sanggup mengenepikan kepentingan peribadi. Sanggup berkorban, demi masa depan dan amanah yang dipikul oleh guru besar yang bakal berpencen tahun depan sewaktu beliau menceritakan kepada saya waktu itu.  Dalam fikiran saya, apakah akan ada lagi perasaan dan rasa tanggungjawab ini kepada para guru-guru kini? dan jika pun ada, berapa ramaikah golongan seperti ini?

"Pangkat dan duit ini bukan kita punya. Semua ini "atas" sana yang kasi. Tapi dia kasi untuk kita tolong orang lain" pesan guru besar ini lagi.  Semua kata-katanya sewaktu bersembang santainya dengan saya, membuatkan saya menginsafi segalanya.   Saya turut dimaklumkan mengenai jumlah murid di sekolah berkenaan, iaitu seramai 50 orang sahaja.  Dari darjah 1 hingga tahun 6.  Saya diminta untuk merasmikan hari anugerah berkenaan.  Saya sempat menjenggah, dan saya tersenyum sedirian kerana dalam sekolah berkenaan, hanya saya, seorang kerani dan seorang tukang kebun sahaja melayu. Sementara yang selebihnya, adalah berketurunan india.  Senyuman saya bukannya apa, tetapi saya sedang berfikir apakah bentuk yang akan saya sampaikan ucapan perasmian nanti? Hendak berucap dalam bahasa tamil, sumpah saya tak tahu.  Saya mengambil keputusan untuk bertawakal dan berucap dalam bahasa ibunda- bahasa melayu!

Tibalah waktu yang ditunggu. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Kuil, pemuda India Kedah, Pengerusi PIBG sekolah serta para ibubapa pelajar sekolah berkenaan.  Ucapan alu-aluan dimulakan oleh guru besar.  Hanya ucapan pembuka sahaja beliau berucap dalam bahasa melayu, kemudian beliau meminta izin untuk berucap dalam bahasa tamil.  Ucapan terus berlaku rancak oleh guru besar dalam bahasa tamil sambil disambut tepukan gemuruh dalam ucapan berkenaan.  Sementara saya pula ketika itu, hanya faham ketika beliau menyebut nama saya sahaja! hehe.. just imagine.. kemudian disahut dengan tepukan oleh ibubapa.  Walaupun begitu, saya percaya inilah suasana yang tidak boleh didapati dimana-mana tempat selain Malaysia. Keharmonian diantara rakyat negara ini walaupun berbilang bangsa dan agama tetapi masih boleh hidup dengan aman dan makmur.

Selepas itu, tiba pula giliran saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis berkenaan.  Sedang asyik saya mendengar ucapan guru besar (walaupun xpaham..), saya turut terdetik, apakah perkara yang saya nk ucapkan? banyak lagi persoalan yang timbul,, mampukah saya sampaikan dengan sebaik mungkin?sedangkan saya tidak punya pengalaman untuk berucap di khalayak seperti ini dan merasmikan hari anugerah ini.  Mungkin ramai di luar sana mengganggap ini suatu perkara kecil. Tetapi jauh dilubuk hati saya, majlis dan pengalaman ini sangat bermakna buat saya!

Saya memulakan ucapan saya dengan memohon maaf kepada hadirin kerana saya tidak mampu untuk berucap dalam bahasa tamil. sambil disambut hilai ketawa hadirin ketika itu.  Perasaan gugup bertambah apabila semakin ramai hadirin telah membanjiri di perkarangan kantin sekolah dimana majlis berkenaan diadakan.  Setelah selesai memberi ucapan perasmian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan pelajar sebelum penyampaian hadiah dilakukan.

Mengenangkan persiapan yang ditunjukkan oleh pihak sekolah ditambah pula dengan persiapan murid, ianya seakan mengimbas kembali memori saya ketika suatu ketika dulu dibangku sekolah.hehe.

Perasaan terharu mula menyelubungi diri ini apabila pihak pengurusan sekolah sanggup keluar membeli juadah untuk dihidangkan kepada saya.  Sesungguhnya, pengalaman ini sangat beharga buat saya.  Walaupun, tiada sekeping gambar pun diambil oleh pihak saya ketika itu, namun kenangan itu terlalu indah!

Saya akan berkongsi lagi bersama anda jika berkesempatan dilain waktu! bye .

Friday, 14 January 2011

PENGAKTIFAN UNIT PELADANG : MERANCAKKAN AKTIVITI DI UNIT 2011

Saya agak teruja apabila pada 12/01/2011 yang lalu, sebaik sahaja menghadiri mesyuarat jawatankuasa padi kelompok di unit peladang banggol sena, apabila dapat berjumpa penduduk setempat yang juga bertindak sebagai ahli peladang di PPK.  Keterujaan saya itu ditambah lagi apabila sambutan dan juga penerimaan mereka ke atas kehadiran saya pada malam berkenaan.  

Setiap soalan yang diajukan kepada pengurusan PPK, telah dijawab dengan berhemah dan juga sopan.  Sesekali. saya sempat juga menjengah melalui ekor mata akan kepuasan hati mereka sebaik sahaja soalan yang diajukan dijawab.  Sebagai rekod, itulah aktiviti sulung saya untuk turun ke unit peladang bagi berjumpa dengan ahli-ahli yang berada di bawah seliaan ppk.  Ketua unit, Pak Wahab pula yang juga merupakan ketua Padi Kelompok di unit berkenaan, juga turut memberi sambutan yang baik dan keikhlasan juga terpancar di wajahnya.

Terbaru, semalam saya sempat meluangkan meluangkan masa kira-kira 1.5jam di sebelah petang untuk bertemu dengan 2 unit lagi iaitu unit Kg Sena dan juga unit Katong.  Lawatan pertama adalah dilakukan untuk menziarahi ketua unit kg sena, Pak Samad dan juga isteri serta meluangkan masa kira-kira 45minit serta sempat mendekati pemimpin ini yang juga merangkap sebagai salah seorang AJP PPK. Selesai bertandang di rumah Pak Samad, destinasi seterusnya adalah di kawasan unit peladang Katong.  Walaupun lawatan yang dilakukan secara santai bersama-sama 2 lagi anggota dari ppk, tetapi saya dapati lawatan ini sangat signifikan kepada ppk dan juga ahli.  Lawatan ini walaupun tidak sempat untuk bertemu dengan ketua unit, tetapi lebih terarah untuk bertemu dengan para belia di unit berkenaan telah menyuntik idea kepada saya untuk memikirkan bagi mengatur program pengaktifan unit kepada golongan belia di unit-unit peladang bagi memastikan kelangsungan hubungan silatulrahim antara ppk dengan ahli-ahli sentiasa erat.

Selaras dengan itu, saya telah meminta supaya pegawai yang bertanggungjawab berhubung dengan aktiviti sosial ini, untuk menganjurkan permainan FUTSAL secara "friendly" dengan unit peladang katong diadakan dengan penentuan tarikh akan dibuat kemudian. Perlawanan persahabatan ini akan melibatkan antara team PPK dengan team Unit Katong.  Sementara, pasukan PPK pula akan terdiri daripada saya sendiri bersama-sama dengan 4 lagi anggota lelaki lain untuk turut serta bagi menghadapi perlawanan ini.

Walaupun, saya cukup sedar bahawa pasukan yang bakal dibentuk di ppk adalah majoritinya berumur 40 tahun ke atas kecuali saya, namun sasaran saya / objektif saya adalah menjangkaui daripada itu.  Faktor kemenangan adalah bukan menjadi keutamaan, tetapi ianya lebih kepada bagaimana unit dapat diaktifkan dengan sebaik mungkin dan sekaligus melalui pendekataan ini dapat menarik sokongan ataupun perhatian golongan muda untuk kembali bersama-sama ppk bagi menjayakan misi besar organisasi dan juga kerajaan amnya.

Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa, program yang bakal dianjurkan ini adalah permulaan kepada misi kita di ppk untuk merancakkan aktiviti di unit, masih banyak lagi perkara-perkara yang akan dilaksanakan untuk menjayakan misi besar ini yang tertumpu kepada mengembalikan keyakinan ahli spenuhnya kepada ppk selain menarik minat bakat muda dan bukan ahli untuk ke ppk.

Minggu hadapan, saya akan mencari masa untuk turun ke peringkat bawah di unit-unit yang lain pula bagi mendekati golongan ini dan pastinya saya juga tertunggu-tunggu untuk mengetahui apakah reaksi mereka terhadap ppk melalui pendekatan ini selaras dengan hasrat kementerian untuk "Membawa Pejabat ke Kampung"

bagi menjayakan hasrat murni ini, iaitu bagi merancakkan atau memeriahkan aktiviti di unit peladang yang diselia ppk sebanyak 11 unit, saya turut mengalu-alukan idea-idea daripada rakan-rakan diluar sana jika berkesempatan untuk meninggalkan idea anda di ruangan komen ini untuk saya melaksanakannya jika didapati sesuai dan kritis serta kreatif!

Thursday, 13 January 2011

Mewujudkan suasana harmoni di tempat kerja

Dalam menjalankan kerja seharian, aspek yang penting dalam menentukan maju mundurnya sesebuah organisasi itu adalah melalui pencapaian dan penilaian pelanggan terhadap organisasi berkenaan.  Penilaian ini pula bole dibuat melalui pelbagai kaedah dan penetapan yang difikirkan sesuai dengan kehendak pelanggan yang berurusan.  Sementara pegawai yang menjalankan tugasan pula, perlu cekap dan berkualiti untuk menghadapi pelanggan yang datangnya dengan pelbagai karenah dan masalah.  Sudah tentunya apabila berbicara mengenai perkara penyampaian perkhidmatan yang berkesan, kualiti adalah menjadi keutamaan!

Bagi mencapai mutu kerja yang baik, banyak perkara perlu disemak dan dibuat penambahbaikan.  Salah satu yang akan dikupas adalah berkaitan dengan persekitaran tempat kerja.  Walaupun, bagi sesetengah pendapat mengatakan aspek persekitaran tempat kerja adalah tidak begitu penting, namun jika dilihat semula ianya sangat mempengaruhi pegawai dan anggota untuk menjalankan kerja seharian.  Sudah menjadi lumrah, setiap manusia inginkan suasana yang tenang dan tidak sentiasa berada dalam keadaan yang mendesak dan tertekan.  Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, tekanan dan bebanan kerja perlu dihadapi. Perkara ini tidak dapat dielakkan. 

Sementara itu pula, hubungan antara majikan dan pekerja juga perlu dilihat kembali dalam memastikan semangat / motivasi 'anak buah' tidak terus luntur dan menjadi beban kepada organisasi apabila tugasan yang diberi tidak dapat disiapkan dan mengundang masalah kepada pihak pengurusan dan juga paling teruk adalah apabila keyakinan pelanggan terhadap organisasi tercemar dek kerana sikap segelintir anggota yang bermasalah seperti ini.  Pada saya, semua manusia mempunyai kehebatan masing-masing.  Cumanya, bagaimana bakat atau kehebatan itu dapat digilap dan diserlahkan.  Untuk menyalahkan 100% kepada pekerja bermasalah ini juga adalah tidak tepat.  Tetapi juga harus juga dilihat kepada bagaimana pekerja/anggota ini dipimpin oleh 'bos' nya. 

Pendekatan yang kritis dan berhemah serta penuh hikmah perlu diambil oleh seorang ketua jabatan untuk memastikan anggota bawahan nya sentiasa memberi khidmat yang terbaik kepada pelanggan yang akhirnya menaikkan imej organisasi.  Ketua yang bertindak selaku seorang doktor untuk merawat pesakit dan ada kalanya bertindak sebagai seorang kaunselor atau motivator kepada anggota bawahannya adalah sangat-sangat dinamik dan perlu ada dalam menangani kemelut ini.  Selaku seorang ketua jabatan, tugasnya bukan sahaja hanya tahu menunding jari dan menyalahkan kepada pekerja bawahan apabila sesuatu itu gagal disempurnakan, tetapi sebaliknya ketua perlu bertanggungjawab dan rasional.  Hal ini adalah kerana kegagalan bersama.

Ketua akan dianggap sebagai ketua yang gagal memimpin anggota bawahannya.  Sesungguhnya, tidak semua orang kita boleh gunakan pendekatan yang sama.  Hal ini adalah kerana, setiap jiwa mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Apabila berkesempatan untuk berada diperingkat bawahan, dan melalui beberapa pengalaman untuk berhadapan dengan suasana di tempat kerja secara realiti dan tidak hanya menela'ah melalui buku-buku penulis terkemuka, ianya adalah lebih mematangkan kita dan mengajar kita erti kehidupan sebenar.  Melalui itu juga, setiap tindakan atau keputusan yang bakal diambil juga, memerlukan pertimbangan daripada pelbagai aspek dan juga penafsiran yang mendalam selaku seorang ketua yang berwibawa!

Monday, 3 January 2011

Tukar lagi???? Saya yang menurut perintah bos..

Sepertimana biasa, aku datang ke ofis untuk menjalankan hari-hari di awal-awal tahun ini dengan penuh semangat dan juga fokus.  tup,tup, jam 8.30 pagi terima panggilan untuk datang berjumpa pengarah!!

Sebaik saja berjumpa pengarah, bos maklumkan yang aku akan ke tempat baru sempena rombakan kali ni. Ini bermakna, aku perlu bertukar lagi dan perlu menyesuaikan suasana ditempat baru pulak. Aduiiyyaaaiii,, seingat aku, kotak yang berisi barang-barang aku waktu awal tahun lepas pon belum selesai lagi aku keluarkan semuanya di sini, da kena tukat tempat lain pulak..hurmmm, apa bole buat. 


Walaubagaimanapun, pada aku, aku akan amik isu pertukaran ni dari sudut yang positif. Dan selaku pekerja, "saya yang menurut perintah"..


Apapun, sekrang ni, aku kena siapkan nota serahan tugas untuk pengganti aku yang bakal ganti aku tuh tuk sambung tugas-tugas yang belum selesai sepanjang aku kat sini.


Aku sentiasa berdoa pd tuhan agar memberiku kekuatan dan juga panduan untuk aku bertugas di tempat baru nanti..semoga, dengan kekuatan ini, aku bole dapat "feel" tuk bekerja di tempat baru dengan jayanya! dan yang penting,, kerja mesti mau enjoy!!!



Saturday, 1 January 2011

2011 : Azam tahun baru

*Pertama-tamanya sekali aku ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru!

  1. Setelah puas membaca di fb, ramai yang mengeluarkan diorg puny resolution sempena tahun baru.  Macam-macam yg ada. 
  2. Tak kurang juga sempena tahun baru ni, ada juga yang dapat berita baik, ada yang kena lapor diri ditempat kja baru la, dapat aweks la, tunang la, xkurang juga yang duk pening psl nk pilih tarikh kawen!!!! aduiiyaiii...
  3. Dalam kesibukan kawan-kawan di luar sana menyatakan azam mereka masing-masing, aku pon ada juga azam tahun ni. hihi.. tp azam ku bukanla sampai tuk menggapai bintang dilangit (eceh3,,puitis la pulak..hihi). 
  4. Azam aku tahun ni: Menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 4kg!! Selain tuh pulak, dalam kerjaya pulak, aku lebih prefer tuk memberi yang signifikan yang positif pada org sekeliling agar mereka mempunyai keyakinan yang tinggi pd kebolehan yang ada. insya allah.
  5. Amboii,,azam,azam ni mcm penetapan SKT atau KPI pulak..ahaks..sepanjang 2011 ni pulak, harapan baru agar aku dapat menambah kenalan dan juga kawan-kawan di luar sana dengan seberapa ramai mungkin dan sentiasa berharap agar sesiapa yang mengenali aku, mereka akan seronok dan ceria!
  6. Disamping tu jugak, 2011 ni akan cuba diisi dengan penambahan bilangan artikel penulisan untuk dikongsi bersama kerana minat terhadap penulisan artikel nih pon da semakin serasi pulak rasanya. selain tu jugak, semakin enjoy pulak menghasilkan penulisan..hehe (that's y, klu u all prasan, agak formal skit aku tulis kat sini..hihi)
  7. Emm, cukuplah setakat ini dulu, jumpa lagi pada entri yg akan datang dengan perkongsian cerita yang lain pulak! ;P bye