Saturday, 20 November 2010

Anak Kecil Ini - Part 1

Di tebing tali air sawah, kelihatan seorang kecil berusia 9 tahun itu sedang terbongkok-bongkok mencari belalang dan juga katak minyak untuk dijadikan umpan kail.  berpakaian comot sekadar berbaju t-shirt,seluar pendek berbelang dan berselipar jepun, anak kecil ini asik meneruskan 'kerja' nya tatkala kanak-kanak lain sedang riang gembira bermain dan menikmati usia kanak-kanak mereka dengan girang.  Berbeza dengan Sudin, seorang anak kecil yang datang daripada keluarga yang serba kekurangan dan juga miskin yang memerlukan kudratnya bagi membantu keluarganya untuk mendapatkan sesuap nasi!

"Sudin!!!!...apa yang kau buat tu?kalau jatuh lemas dalam tali air tuh macam mana pulak?" jerit Sudir, abang kepada Sudin sambil menuju ke arahnya. " Udin tengah cari katak minyak ni bang, nk wat umpan mengail ikan nanti.." jelas Sudin pada abangnya sambil menaiki basikal bersama abangnya untuk menuju pulang ke rumah.  Anak yatim yang sudah kematian bapanya ketika dia berusia 1 tahun akibat dihempap pokok balak 8 tahun yang lalu cukup membuatkan ibunya, Fatimah cukup derita dan hilang punca pencarian dan terpaksa mengambil upah menganyam atap nipah untuk dijadikan bumbung rumah penduduk kampung yang ingin menukar atap rumah mereka dan menjual kuih.  Memandangkan himpitan kemiskinan, Sudir terpaksa berhenti sekolah ketika sedang menuntut ditingkatan 3 bagi membantu ibunya untuk menyara 3 orang adik-adiknya.  Bagi Sudin pula, nikmat untuk merasai menjejakkan kaki ke alam persekolahan tidak pernah dilalui dan tidak pula mengetahui akan suasananya. Apa yang dia tahu ialah bagun pagi-pagi, perlu membawa kuih peneram yang telah siap untuk dijual untuk dibawa menjaja ke serata kampung.  Pernah satu ketika, Sudin didatangi oleh seorang penggan yang membeli kuih berkenaan membaling bungkusan kuih ke muka Sudin dan merampas bakul kuih yang dibawa dan membuangnya ke tanah dan melemparkan kata-kata kesat kepada Sudin.  " Hakk tuii,,,kuih liat macam kulit kaki, pengotor....ceit, berambus kau dari sini!! Ini semua ni kotor, jijik..sakit mata aku tengok korang ni tau" cemuh Pak Non Conggo pada Sudin, selaku AJK balai raya di kampung berkenaan.  Dengan deraian air mata dan berlari untuk segera mengutip kuih-kuih yang bertabur di tanah, " subhanallah,,rezeki-rezeki...ya Allah..." tangis si anak kecil ini yang pulang dengan hati yang sedih ke rumah tanpa sebarang pendapatan pada hari berkenaan............to be continue..









 

Tuesday, 16 November 2010

Salam buat semua

Pertama-tamanya sekali saya ingin melahirkan rasa seronok apabila terlibat dalam dunia interaktif melalui talian maya seperti ini.  Walaupun, saya tidaklah serajin sepertimana rakan-rakan yang lain untuk menulis di ruangan blog ini, tetapi saya akan pastikan setiap entri saya nanti akan saya kongsi bersama-sama anda dari segi pengalaman yang dilalui tentang diri saya, pertanian, alam sekitar dan lain-lain yang difikirkan sesuai untuk tatapan bersama.

Buat kali ini, sebagai pengenalan, cukuplah dulu buat kali ini dan jumpa lagi pada entri saya akan datang.Insya Allah. Sekian.