Monday 14 March 2011

Sederap Melangkah

Kira-kira 2 minggu lagi, akan bakal mencipta sesuatu yang baru dalam sejarah di pejabat, apabila kami sepasukan bakal menganjurkan sebuah program yang melibatkan penyertaan daripada pemimpin-pemimpin negeri, jabatan dan agensi serta penglibatan daripada ahli-ahli peladang serta pemimpin masyarakat.

Setelah berjaya menganjurkan program ziarah ke atas ahli-ahli peladang, kemudiannya disusuli pula dengan program mendekati belia tani apabila kami menganjurkan perlawanan persahabatan futsal bersama mereka kira-kira sebulan yang lalu, kini kami sekali lagi cuba memeta sejarah tempatan apabila ingin mengajak pemimpin termasuk wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan untuk turut serta dalam program untuk mendengar dan melihat sendiri secara dekat permasalahan rakyat terutama warga tani dalam bidang pertanian.

Buat masa ini, gerak kerja telah pun bermula pada minggu lepas apabila perjumpaan telah diadakan bersama ketua unit peladang dan AJK nya untuk turut menyampaikan hasrat program ini serta memohon kerjasama yang baik daripada mereka. Alhamdulillah, sambutan yang diterima adalah sangat-sangat positif. Kini, dalam usaha untuk menyiapkan beberapa perkara sebelum tibanya majlis berkenaan. Majlis yang dirangka akan melibatkan 3 elemen besar iaitu, lawatan ke tapak oleh wakil rakyat,(termasuk menteri besar), ketua-ketua jabatan serta penduduk yang terlibat untuk melihat sendiri masalah yang berbangkit. Kemudiannya dalam masa yang sama, di suatu tempat akan dibuat majlis keilmuan kepada para peladang untuk mendalami ilmu pengurusan pada yang akan disampaikan oleh penceramah pada waktu yang sama. Kemudiannya, para rombongan yang melawat tadi akan pulang dan berkumpul di tempat dimana para peladang berkumpul untuk mendengar rumusan yang diperolehi daripada wakil rakyat dan MB hasil daripada lawatan berkenaan.

Selain itu juga,perancangan ini turut akan mangadakan jamuan makan yang dijangka akan dipohon untuk penduduk setempat bagi melaksanakannya secara gotong-royong. Hal ini akan meningkatkan lagi semangat silatulrahim sesama ummah.

Saya mengharapkan agar, pada program berkenaan akan berlangsung dengan penuh jayanya dan tanpa sebarang masalah serta mendapat sokongan yang padu daripada pelbagai pihak. Insya Allah. Doakan untuk kejayaan ini rakan-rakan semua. t.ksih.

Sunday 13 March 2011

Jangan mengikut emosi

”Cintailah kekasihmu sekadarnya,siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya,siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti” – saidina Ali bin Abi Talib

Ketika saya mula membaca keratan kata-kata ini di ruang sebuah majalah, agak membuatkan saya terfikir panjang mengenai maksud kata-kata hikmah ini. Barangkali ianya juga berkait dengan kehidupan seharian saya. Boleh jadi ianya juga mampu menjadi penyuluh untuk perjalanan masa depan. Sepertimana biasa, dalam hari0hari yang ditempuhi, banyak cabaran-cabaran yang perlu dihadapi terutama dalam bidang tugas dan juga pergaulan. Tak semuanya dilalui dengan mudah dan murni. Kadang-kadang, berlaku beberapa perkara yang pahit untuk ditelan tetapi itulah kehidupan.

Mengingatkan kata-kata daripada Saidina Ali bin Abi Talib, membuatkan saya bermuhasabah diri sendiri dan merenung sepanjang yang telah dilalui hingga kini. Kata-kata ini juga membuatkan saya insaf mengenai persahabatan,kasih sayang,kebencian dan beberapa lagi perkara. Sudah menjadi lumrah, kalau kita benci seseorang tu, kita selalunya meletakkannya ke tepi dan menganggap ianya sebagai musuh. Atas rasa bencinya kita kepada musuh, ada diantaranya yang sanggup melakukan apa saja untuk memastikan ‘musuh’ itu akan sentiasa tewas setiap kali berhadapan dengannya. Tambah teruk lagi ada pula yang menggunakan khidmat bomoh untuk menjahanamkan lawannya. Dalam pergaulan harian pula, kebiasaanya pertimbangan emosi selalu menjadi pilihan pada tiap kali membuat keputusan tanpa mengambil kira faktor fakta yang nyata dan menggunakan kefahaman berfikir dan menimbang terlebih dahulu sebelum bertindak. Jika dilihat contoh-contoh disekiling kita pun saya rasa banyak sekali. Jika ingin mengambil contoh daripada parti-parti politik sendiri pon jelas sekali. Dulu ketika orang ini menyokong parti ini, maka dia kutuk parti sebelah sana yang bukan-bukan. Tapi hari ini dia sendiri menyokong parti sana dan menhentam pula yang sebelah sini. Begitulah sebaliknya. Jelas menerangkan kata-kata hikmah di atas agar membenci sekadarnya.

Guru saya ada berpesan supaya jangan membuat keputusan ketika sedang marah, dan jangan memberi janji ketika seronok. Kata-kata hikmat ini juga sesuatu yang baik untuk direnungkan. Sesungguhnya, perasaan marah yang membuak-buak itu perlu ditenangkan terlebih dahulu. Boleh jadi ianya juga hasil dorongan syaitan yang mendesak. Sebaiknya bertenang kerana ketenangan itu mampu memberi kita untuk bertindak dengan waras dan membuat keputusan yang tepat dan berkesan. Hati manusia sukar dibaca. Tahap kepercayaan kepada sesama kita juga perlu mempunyai had dan batasan. Boleh jadi hari ini dialah yang dianggap kawan sejati, siapa tahu kemudian hari dialah yang bakal menjadi musuh. Orang kepercayaan biasa susah mengkhianati rakannya. Tetapi bukanlah mustahil.

Pendekatan yang diplomasi dalam apa jua keadaan adalah sesuatu yang baik. Menjuarai dan menguasai keadaan adalah seorang yang hebat. Ketika suasana tegang dan marah, jika anda mampu mengawal keadaan dengan cara yang tersendiri, sesungguhnya anda merupakan orang yang hebat dan mulia. Persoalannya, berapa ramai pula yang punyai kelebihan seperti itu? Mengawal emosi dan mengawal perasaan untuk menegakkan pendapat kita adalah sesuatu yang boleh dilentur. Melatih kemahiran untuk mendengar pendapat orang lain juga boleh diasuh. Ianya bukanlah sesuatu yang rigid,tetapi memerlukan latihan rohani dan mengambil masa. Membuat penilaian dan keputusan adalah sesuatu perkara yang agak seni. Tidak dapat diperolehi daripada mana-mana universiti di dunia mahupun ditempat-tempat pengajian terkemuka. Tetapi, ianya datang daripada kebijaksanaan serta penghakiman yang luhur. Kita amat sedar, setiap keputusan yang dibuat tidak mampu menyenangkan semua pihak, tetapi biarlah keputusan itu memberi manfaat dan tepat pada masa dan keadaannya.

Bagi pemimpin, sama ada membenci atau menyintai, jika berada dalam pasukan, ianya mestilah mengambil keadaan di mana yang dia mesti bersikap neutral dan keputusan yang dibuat itu hendaklah berlandaskan pertimbangan yang telah dihalusi dan bukannya berlandaskan emosi dan perasaan semata-mata. Kuasa Allah adalah segala-galanya. Akhir kata, saya berdoa agar saya dan anda yang membaca entri ini dapat manfaat serta diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t dalam memastikan kita memperolehi sebanyak mungkin kawan yang menyukai kita berbanding orang-orang yang membenci kita, kerana menjalinkan ukuwah dalam kehidupan adalah sebaik-baik amalan.

Tuesday 8 March 2011

Merancang untuk bercuti

Telah 8 hari kita telah memasuki bulan mac. Ini bermakna telah masuk bulan ke 3 dalam tahun 2011. Ianya juga menunjukkan selama itulah aku masih belum mengambil sebarang cuti rehat kecuali cuti-cuti kelepasan am dan juga cuti umum sebelum ini.

Ketika mula menaip di entri terbaru ini, keinginan untuk mengambil cuti rehat memang sangat-sangat dirasakan. Tapi, memandangkan kerja dan tugasan seharian yang semakin hari semakin menuntut akan keperluan untuk berada di pejabat, maka hasrat untuk bercuti perlu ditangguhkan.

Walaubagaimanapun, hasrat berkenaan bukanlah bermakna yang aku xakan cuti langsung. hihi.. Tapi masih berkira-kira untuk memilih tarikh yang sesuai untuk melegakan suasana dan juga diri daripada kesibukan tugasan harian di pejabat.

Bagi seseorang pekerja, bercuti adalah perlu dalam tempoh bekerja. Hal ini adalah bagi mewujudkan keselesaan dikalangan pekerja dalam memastikan kualiti kerja yang dipersembahkan adalah baik dan berprestasi tinggi.

Didepan ku ini, da terpampang borang cuti, aku rasa da nek sengal dah tangan ni dek kerana lama sangat duk memikir s/ada nak isi ke x, tapi ku akan isi jugak! xkira!haha..;P harap2 bos approve!