Wednesday 26 January 2011

Zaman Sekolah Rendah

Bagi entri terbaru saya kali ini, saya berkongsi bersama anda di luar sana mengenai kenangan di zaman persekolahan saya.  Kalau nak diikutkan, terlalu banyak memori untuk ditulis, tapi kali ini saya memilih untuk berkongsi mengenai zaman persekolahan saya di sekolah rendah.

Saya mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Menteri, Selama Perak.  Disitulah permulaan saya untuk mula belajar selepas mengikuti pembelajaran diperingkat tadika selama 1 tahun sebelumnya.  Bagi sekolah kesayangan saya ini, kenangan terlalu banyak selama saya di sana.  Memulakan hari pertama disekolah berkenaan, tahun 1 saya diletakkan di kelas 1 seri.  Kebetulan kami disekolah berkenaan mempunyai 2 kelas.  Indah dan Seri.  Hari pertama saya dapati ada diantara rakan kelas saya meraung tak henti-henti.  Sehinggakan, cikgu seolah berkenaan terpaksa memasukkan puting ke mulut pelajar ini untuk memastikan rakan yang sorang ni diam seketika. Namun, ternyata usaha berkenaan sia-sia belaka.

Masa darjah 1, masih segar dalam ingatan, cikgu yang paling saya takut sekali ialah Sir Lachumanan! mengajar subjek bahasa inggeris. Bayangkan badannya yang besar dan tinggi serta bersuara garau, dah cukup buat saya tak senang duduk dibuatnya.  fuhh, bila tiba masa dia saja, saya merasakan masa untuk bergerak terlalu lambat!!!! aduiiii..haha tapi nasibla setahun saja.

Kita tinggalkan sir dengan anak muridnya seketika.  Tapi untuk kenangan, cikgu yang paling saya suka sekali ialah cikgu kelas saya ketika itu yang juga mengajar kami dalam subjek bahasa melayu.  Tahap ketekunan serta baiknya cikgu ni, cukup membuatkan saya dan pastinya kami sekelas cukup senang dengan cara yang dibawa oleh cikgu Rokiah.  Zaman tu, boleh dikatakan, suara cikgu-cikgu akan kedengaran dari luar kelas lagi. (bertapa menunjukkan mereka sangat-sangat ikhlas dalam menyampaikan ilmu.)

Waktu bangun pagi untuk ke sekolah pula, suasana waktu itu agak kelam kabut sikit sebab kami yang perlu ke sekolah 3 orang.  Saya,abang dan jugak ayah!! hihi..  Bayangkanlah, jam 6 pagi da kena siap, sebab pakcik yang amik saya dengan abang dengan van akan sampai jam 6.30pagi.  Punyalah tension time tuh, manalah nak kena tahan kesejukkan air pagi lagik..aduiiyaii,, semuanya sangat tak perlu diceritakan sebab saya juga pasti anda juga melalui keadaan yang sama bagi yang tinggal di kawasan luar bandar.

Biasanya, my mum akan pakaikan baju sekolah, seluar skolah (time tuh seluar pendek tau..hehe), sikat rambut, bedak n etc.  Siap semua, sarapan dan tak lupa time tuh sy bawak bekal! hehe... Air tea dengan nasik goreng ;) .(tetiba je rindu masakan mak..)  Da selesai semua, ayah akan bg duet skolah n kami pon akan tunggu pakcik van datang amik kitorang.

Dah sampai sekolah time tuh, seperti hari-hari biasa, persekitaran sekolah time tuh tak seperti sekarang. Sekarang ni, keadaan sekolah da jauh berbeza dari zaman saya bersekolah kat situ. Maklumlah, dunia dah moden kan..Dulu di kawasan antara blok kelas saya dengan bangunan blok darjah 4-6 ada kolam simen yang dalamnya dipelihara kura-kura.  Berdekatan kantin pulak, ada dipelihara burung-burung.  Da macam zoo la pulak.hihi.. Sakarang da lain dah..Cikgu-cikgu yang dulu pun da banyak da berpencen dan ada juga yang telah berpindah ke sekolah lain.

Antara banyak kenangan di situ, kenangan dengan guru besar sekolah saya yang sorang ni membuatkan saya tak boleh lupa. Kepada bekas-bekas pelajar yang sempat dipimpin oleh cikgu Yahya, mungkin ingat kenangan itu. Cikgu yahya merupakan seorang guru besar pada saya yang sangat dedikasi dan optimistik!

Pada waktu P&P, beliau akan 'round' dari kelas ke kelas. Kalau didapati ada pelajar yang tengah 'main-main' masa cikgu tengah mengajar, on da sport cikgu yahya akan masuk dan tempeleng! agak ngeri. Kerana tanpa disedari oleh guru yang tengah mengajar dan juga murid terlibat., dia akan masuk dan terus tindakan.  Masih saya ingat ketika di tahun 6, dia mengajar subjek matematik, just imagine!!.. Tumpuan kena lah sepenuhnya! kang tak pasal-pasal kna lempang kang..Pada saya, walaupun cikgu yahya begitu ianya secara tidak langsung akan membuatkan pelajar akan memberi fokus dan tidak main-main semasa belajar.  Perkataan seperti "togol" pada sesiapa yang tak dapat jawab dah popular di sekolah tuh..hihi..

Sementara keletah kawan-kawan saya pulak, ramai diantara mereka ni punyai bakat melukis kartun.  Sampai ada yang sanggup beli buku tulis just untuk buat lukisan kartun dragon ball kot!.. siap bersiri lagik,.. Apa yang menarik disekolah saya ketika itu, kami akan sentiasa main 'spelling bee".  Walaupun, xda la apa sangat, tapi sungguh baik tuk ejaan dan juga penulisan serta makna.  Permainan 'Pepsi Cola' yang pada mulanya hanya dimain oleh beberapa pelajar sahaja, kemudiannya berkembang hampir ke seluruh sekolah dan kelas, sehingga menyebabkan guru disiplin ketika itu mengumumkan permainan tersebut diharamkan. Kepada sesiapa yang ditangkap bermain permainan berkenaan, akan dikenakan tindakan.

Saat mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur dan Melaka, juga punyai kenangan tersendiri. Waktu itu, satu rombongan sekolah untuk ke destinasi seperti Planetarium,Menara KL, Zoo Melaka, dan beberapa destinasi lagik disekitar Kl dan melaka membuatkan saya ketika itu sangat teruja untuk ikuti program berkenaan.  Tak banyak gambar-gambar kenangan ketika rombongan yang sempat saya ambil sebagai simpan rekod peribadi saya. Tapi ianya cukup bermakna.

Mengingatkan kembali pada zaman berkenaan, ianya tidak dapat lari daripada saya terus mengingati rakan-rakan saya semasa dibangku sekolah  berkenaan.  Bagaimana kerjasama dan semangat dalam sekelas, tak mungkin dapat saya lupa.  Lepas UPSR dan peperiksaan hujung tahun, aktiviti bebas sebelum bertemunya cuti sekolah ketika itu mewarnai hari-hari persekolahan  bagi pelajar tahun 6, 1997. 

Setelah itu, setelah melangkah ke alam sekolah menengah, rakan-rakan disekolah rendah semakin membaw haluan masing-masing dan sibuk dengan halatuju tersendiri, membuatkan ianya hanya sekadar berada dalam kenangan lalu sahaja dan tak mungkin untuk diulang kembali.

Banyak lagi memori yang tersimpan dalam ingatan saya ketika zaman itu, dan kalau nk dihuraikan pastinya tak mungkin sama sepertimana yang dilalui ketika itu.  Yang pasti, saya amat merinduinya!  Jika anda membaca entri ini yang agak serabut dan sukar untuk difahami, saya minta maaf, kerana fikiran dan tangan saya pantas untuk nk taip setiap apa yang terlintas difikiran ketika saya sedang mengimbas kembali zaman itu. Begitulah banyaklah kenangan yang saya ingin tulis disini.

Insya Allah, saya akan berkongsi perkara lain pula pada entri yang baru. Bye ;P

No comments:

Post a Comment