Friday 31 December 2010

Bukan untuk dijulang atau didendang, sekadar untuk menyumbang!

  1. tahun 2010 dimulakan dengan aku start amik cuti!! ahaks..hehe..tp nasib baikla bos aku sporting walaupun dia cakap jugak "sepatutnya awal2 tawun nih xbley cuti lagi,,kna keje dulu, pastuh baru cuti....tp xpela,,cuti jela,,sy da approve awk pny cuti, selamat becuti!! "... lega aku bila dia cakap camtu.
  2. Selaku pekerja yang belum confirm, quote "saya yang menurut perintah" sentiasa menjadi panduan. (ahaks,poyo jerk).  3 may 2010, aku kena arahan pertukaran ke tempat baru! dengan suasana tempat kerja yang baru,bos baru, dalam kata mudah, suma baru lah senang.  2minggu aku jd blurrr n tataw nk buat apa. Feel tuk datang keja down.  Tp alhamdulillah, pastuh "feel" tuh datang dengan bos pon sempoi puny n tempat kje pon ok kerjasama pon baik skrg aku sronok gila kja kat situ.  Walaupun, kja aku tuh agak memenatkan, tp enjoy!
  3. Bulan september pulak, dapat rezeki ke thailand di hatyai. atau lebih spesifik lagik di Prince of songkla university! tujuan ke situ pon atas urusan rasmi. kitorg ikut satu program 1st Lima Dasar Summit anjuran MITI.  tp tu pon satu pengalaman bila ke sana dengan menaiki taxi thai.  ni pon satu hal jugak, bila mamat pemandu taxi ni pulak septah haram xtau cakap melayu or inggeris! tp okla semua nya selamat pegi/balik.
  4. Bulan November, 10 hari berkampung di tapak MAEPS, serdang selangor sempena program MAHA.  kat sana pon walaupun memenatkan tp agak release jugak bila dapat jupe mmber2  yg datang ke sana.  bole pulak jupe mmber2 mase blaja dulu,..Detik besejarah, bila dapat bersalaman n berjumpa dengan 3 tokoh pemimpin negara Dato seri Najib,Tun Mahathir dan juga Tun Abdullah>>
  5. Bulan Disember,:: bulan ni agak thrill skit. Sebaik sja tamat di MAHA, kena pulak ke Melaka untuk ikuti program SDSI yang berlangsung di ayer keroh melaka.  Selesai di situ, pada 15.12.10 - 17.12.10, ke jerantut pahang untuk ikuti bengkel pemasaran!
  6. Bulan disember :: Diakhir minggu bulan yg paling akhir setiap tahun ini, agak sidikit kurang selesa apabila menerima satu perkara yang kurang menyeronokkan! Desas desus ada rombakan lagi,,hurmmm,,apapun jika benarlah sepertimana angin kencang yg bertiup itu, apa bole buat, "saya yang menurut perintah" bos..
  7. Apapun, sempena menanti kedatangan tawun baru yang bakal menjelma 1jam dari sekarang, aku sangat enjoy dengan kerja aku sekarang dan untuk tawun depan, inginku melakukan sesuatu yang lebih untuk diri dan juga organisasi!
  8. Akhir kata, semua itu bukan untuk dijulang mahupun didendang, tetapi sekadar untuk menyumbang>> jumpa lagi di entri yang akan datang,bye!

Hari-hari yang penuh bermakna

Sesungguhnya, tidak ada yang lebih menyeronokkan apabila dapat berkumpul bersama seluruh ahli keluarga dan merancang dan berhasil sesuatu aktiviti untuk sama-sama "enjoy" untuk aktiviti berkenaan!

Disini saya ingin berkongsi bersama anda melalui entri terbaru ini adalah mengenai aktiviti tahun 2010 tentang sambutan hari keluarga saya yang telah diadakan.  Segala-galanya adalah bermula pada hujung tahun lepas apabila kami sekeluarga serta seluruh keluarga Hj. Md Ariff Othman sepakat untuk menubuhkan tabung keluarga untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bersama bagi mengeratkan lagi silatulrahim disamping melapangkan masa untuk bertemu dan saling bertukar-tukar fikiran.  Sebagai langkah pertama, pada bulan disember 2009, satu program telah diadakan di rumah datuk saya apabila seluruh keluarga berkumpul dan kami mulakan aktiviti sulung keluarga ini dengan aktiviti kerohanian.  Pagi-pagi lagi bagi yang lelaki, dipecahkan tugas dan tanggungjawab yang telah diaturkan apabila ada yang kena ke pasar membeli barangan memasak dan beberapa peralatan hadiah untuk cabutan bertuah.

Ada juga yang perlu berada di rumah untuk persiapan penyediaan peralatan memasak seperti menghidupkan api untuk sesi barbecue dan persiapan tempat sambil dibantu oleh sedara perempuan.  Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata pada saat itu, suasana menjadi sangat meriah dengan semua ahli keluarga mengambil bahagian untuk turut serta.  Sebaik sahaja menjelang waktu zohor, semua ahli keluarga adalah secara automatik menyertai aktiviti solat berjemaah yang diadakan di kawasan ruang tamu rumah atuk.  Din amik part sebagai tok bilal sementara atuk pula take part selaku tok imam!! demikian juga pada waktu solat asar,maghrib dan juga diakhiri dengan solat isyak sebelum semuanya bersurai ke rumah masing-masing.  memandangkan itulah kali pertama diadakan acara yang melibatkan cabutan bertuah,sesi makan-makan secara separa formal, ucapan, bersalaman, dan pelbagai lagi, yang dialkukan secara bersepadu serta mendapat sokongan yang kuat oleh semua pihak telah menimbulkan rasa teruja yang teramat dan memberi inspirasi kepada seluruh jawatankuasa yang dilantik untuk terus merancang yang terbaik buat semua kaum keluarga untuk tahun 2010.

Bagi tahun 2010, satu lagi program telah diatur dan alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar dan berjaya!  Program kali ini dilakukan diluar dari kampung atuk. Tahun kali ini, kami menyasarkan supaya seluruh keluarga akan menyambut hari keluarga di Melaka dengan tema lawatan pula setelah aktiviti kerohanian dilakukan pada tahun lepas.  Program dijalankan selama 3 hari yang telah berlalu pada bulan februari yang lalu.  Konsep program sambutan hari keluarga kali ini lebih terarah kepada sesi lawatan dan juga bersantai.  Syukur alhamdulillah, percaturan program agak tersusun dan dipermudahkan apabila secara kebetulan abang saya pula menetap di sana, jadi masalah untuk pemandu arah telah diselesaikan terutama untuk melawat tempat-tempat di sekitar melaka.  Semua gambar-gambar lawatan ada sy sematkan dalam fb saya untuk kenang-kenangan.  Satu lagi program telah cuba diatur pada bulan november yang lalu tetapi terpaksa dibatalkan apabila kebanyakan ahli keluarga tidak dapat hadir pada tarikh yang dirancangkan kerana urusan masing-masing maka terpaksa dibatalkan dan insya allah ditunda ke tahun depan.  Mengikut perancangan, kami akan ke teluk batik untuk membawa semua ahli keluarga untuk beralih angin ke pantai dan bbq dan bebrapa aktiviti sukan out door! tp telah dibatalkan.

Bagi tahun 2011, perancangan masih belum diputuskan tapi, akan dimaklumkan kemudian ke mana destinasi seterusnya! dan kami akan letakkan beberapa gambar-gambar sekitar percutian kami untuk dikongsi bersama selain mengabdikan kenangan.